[DIPETIK DR bicaramuslim.com]
•Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang
hendak dilakukan... ingatlah... anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha
Mengasihi...
• Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu
dari Dia Yang Memberi Cahaya.
• Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil
kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu kerana Dia
Maha Adil.
• Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan
berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
• Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
• Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan
semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.
• Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi yang
sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya
panduan hidup.
• Apabila orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan
kecewa kerana Dia Maha Mendengar.
• Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada
Dia Yang Maha Kaya.
• Apabila anda dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Satu.
• Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan
dirimu kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
• Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Friday, January 22, 2010
APABILA ANDA..
Posted by pu3_raudhah at 3:02 PM
Labels: tazkiyatunnafsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment