Dua Faktor Utama Kegagalan
Inginkan kejayaan dan kekayaan, tetapi, apabila anda ingin
memulakan langkah pertama anda kearah kejayaan, ada sesuatu tidak
mengizinkan anda mencapainya? . Seperti, terdapat sejenis "kuasa"
ini yang menghalang anda untuk mengaturkan langkah.
Ada dua faktor penting yang sering membuat kita tidak dapat
mengorakkan langkah pertama kearah kejayaan dan kewangan. Dua
faktor tersebut adalah faktor utama kegagalan:
1: Fikirkan tidak boleh!
Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan
tidak boleh.
Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.
Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.
Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi Professor Sherman yang amat gemuk) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".
Anda juga perlu menjadi seperti ini. Bukan menjadi
amat gemuk! :). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada
diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak
boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".
Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh"
Fikirkan tidak boleh ini berkaitan rapat dengan konsep kendiri
kita. Konsep kendiri bermaksud bagaimana anda melihat diri anda
sendiri. Sekiranya anda melihat diri anda mempunyai keyakinan diri
yang rendah, maka, begitulah cara anda akan fikirkan tentang
keseluruhan diri anda dan anda akan kaitkannya dengan apa sahaja
anda lakukan.
Terdapat satu kisah ini di mana seorang wanita/ibu yang mempunyai
keyakinan diri yang rendah, sering memencilkan diri di pejabat dan
juga tidak bergaul dengan rakan-rakan dan jiran-jiran. Konsep
kendiri dan keyakinan dirinya adalah amat rendah sehinggakan
mengganggu kerjayanya dan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Malang tidak berbau, satu hari, ibu tersebut mengalami kemalangan
jalan raya. Beliau berada didalam keadaan koma untuk beberapa
bulan. Apabila dia tersedar dari koma, beliau mengalami amnesia
(lupa fikiran) yang agak kronik. Beliau tidak tahu siapa dirinya
sebelum kemalangan.
Hari berlalu, dan isu ini mengganggu fikirannya. Beliau mula
menyelidik kes-kes amnesia yang lain. Beliau ke perpustakaan, dan
mengambil kelas perubatan untuk memahami kes-kes amnesia. Beliau
juga menulis laporan pengalamannya dan penemuannya melalui
penyelidikan dan berkongsikannya dengan pakar-pakar perubatan.
Sering kali beliau di jemput memberi ucapan megenai amnesia kepada
pakar-pakar perubatan.
Apa yang telah terjadi? Dari seorang wanita yang tidak mempunyai
keyakinan diri, kepada seorang tokoh perubatan dalam bidang amnesia?
Wanita ini telah berjaya mengubah konsep kendirinya secara tidak
sengaja- iaitu beliau terlupa konsep kendirinya yang lalu melalui
amnesia.
Bagi kita yang tidak mempunyai amnesia (melainkan "buat-buat lupa"
:) )boleh mengambil pengajaran dari kisah ini. Iaitu, kita sendiri
yang membentuk konsep kendiri kita melalui pengalaman hidup kita.
Dengan fikiran yang positif, kita boleh mengubahkan konsep kendiri
kita untuk mencapai apa jua kejayaan yang tidak pernah difikirkan.
Ubahkan konsep kendiri anda!
2: Zon Selesa
Faktor yang kedua yang menyebabkan kita gagal mengambil langkah
pertama kearah kejayaan adalah kerana Zon Selesa kita. Semua orang
mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan
tidak mahu berubah. Boleh dikatakan keadaan anda sekarang ini...
sedang membaca email ini. Terasa selesa di depan komputer. Nak
berubah dari keadaan zon selesa anda kini terasa berat... oleh kerana
anda selesa dengan keadaan semasa ini.
Hidup kita juga terdapat zon selesa. Iaitu kehidupan anda kini-
anda terasa selesa dengan keadaan hidup anda. Walaupun faktor ini
dinamakan "zon selesa", walaupun keadaan yang tidak selesa
(kekurangan) , masih menjadi "zon selesa".
Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang
itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai
tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.
Setiap kali peluang tiba untuk kita keluar dari zon
selesa, tabiat akan menarikkan kita balik ke zon selesa. Setiap
kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarikkan
kita dengan keadaan kita kini. Itulah akibat tabiat.
Berita buruknya, ia amat sukar untuk keluar dari Zon Selesa kita.
Berita baiknya adalah, sekiranya anda berjaya keluar dari Zon
Selesa anda, dan berfungsi pada keadaan yang baru (diluar zon
selesa) buat satu jangka masa yang tertentu, Zon selesa anda juga
akan turut berubah kepada keadaan yang baru. Tabiat anda akan
berpegang pada zon selesa baru.
Sebagai contoh, sekiranya anda sering bekerja 4 jam sehari tanpa
henti, ini adalah zon selesa anda. Apabila anda ingin bekerja lebih
dari 5 jam sehari, anda terasa tabiat tidak membenarkan anda
melakukannya oleh kerana ianya diluar zon selesa anda ( malas lah
tu :) ).
Sekiranya anda berjaya memaksa diri anda keluar dari zon selesa
tersebut, dan memaksa diri anda bekerja 5 jam sehari untuk satu
jangka masa tertentu sehingga ianya menjadi tabiat, zon selesa
kerja anda akan berubah kepada 5 jam bekerja! Dan pada ketika itu,
sekiranya anda ingin bekerja 4 jam sehari, anda akan rasa tidak
selesa kerana ia di luar zon selesa anda.
Faktor ini boleh diaplikasikan kepada bermacam-macam keadaan.
Pendapatan anda kini RM2,000? Mungkin itu adalah zon selesa anda
dan berusaha untuk mendapatkan RM,3000 sebulan adalah di luar zon
selesa anda. Anda ingin memulakan perniagaan tetapi asyik
menundakan perancangan anda? Mungkin itu adalah zon selesa anda.
Memulakan perniagaan adalah diluar zon selesa anda. Anda ingin
menulis buku tetapi, tidak jumpa dengan masa untuk menulis? Mungkin
itu adalah zon selesa anda- menulis buku adalah di luar zon selesa
anda.
Namun sekiranya anda berusaha mendapatkan pendapatan RM3,000
sebulan, memaksakan diri anda memulakan perniagaan serta menyiapkan
buku yang anda tulis, zon selesa anda akan berubah ke zon selesa
baru. Keadaan anda pun telah upgrade ke keadaan zon selesa yang baru!
Salam Kejayaan
Sunday, January 14, 2007
DUA FAKTOR KEGAGALAN
Posted by pu3_raudhah at 10:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment