Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, February 15, 2010

kelas bermanfaat =)

Assalamualaikum..

sekadar berkongsi ilmu apa yg diperoleh sepanjang mengikuti dua hari kelas tasawwuf bersama Syeikh Rahimuddin yg merupakan salah seorang ahli sufi berasal Indonesia dan menetap di sini..

ana baru tahu apa itu tasawwuf apabila mengikuti kelas itu,maksud di sini,sebelum ana mengikuti kelas itu,ana tidak tahu langsung apa yg dimaksudkan dgn tasawwuf..alhamdulillah,spanjang 2hari klas itu berlangsung,dptla sedikit memberi kefahaman kpd ana pngenalan tasawwuf..

di sini,an berkongsi secara umum sekadar yg termampu,apa yg an faham ttg ilmu sufi itu..hakikatnya,ilmu ini,ada pada setiap insan yg melakukan segala perintah Allah n meninggalkan laranganNya keranaNya iaitu menghadirkan hati n kekhusyukan kpd Allah sepenuhnya..[pandangan ana]ini kerana ilmu itu merupakan amalan rohani kita yg sememangnya wujud dlm diri sepanjang melaksanakan ibadah cuma kita tak tahu roh yg hadir sepanjang kita melakukan ibadah itu dipanggil tasawwuf dan apa sahaja yg kita lakukan sepanjang kehidupan itu adalah ibadah.

sememangnya benar,tasawwuf bukan merupakan ilmu sebagaimana bidang yg kita belajar hari ini,seperti belajar sesuatu ilmu,seperti syariah,feqah,tauhid,sains,bahasa inggeris,matematik atau apa sahaja ilmu yg menambahkan pengetahuan kita dgn kata lain,belajar yg memerlukan guru utk menambahkan kefahaman..tetapi ilmu ini merupakan hasil tindak balas kerohanian yg hadir ketika melakukan amalan dan ibadah kita pd Allah..ia juga boleh dikatakan sbg pemikiran hati..[hati yg merenung bukan akal yg berfikir]

bukan bermakna menolak utk berguru dlm tasawwuf,tp utk mnytakan bahawa hidayah utk ahli sufi ini bkn blh diperoleh melalui talaqqi n pmbacaan buku2 agama.

Tasawwuf ini terbahagi kpd beberapa bahagian..semestinya ana tidak mampu utk mnghuraikan setiap bahagian2 lebih2 lg,seperti yg ana katakan di atas,ana tulis secara umum tetapi ada satu bahagian yg ana kira mungkin boleh memberi kefahaman dgn lebih mndalam ttg ilmu ini..

Tasawwuf: Ikatan Cara Pelaksanaan Ibadah yg Sempurna

Tasawwuf itu hakikat dan amalan batin.seperti berikut:-

  • Islam = Fiqh = Syariah =`Amal
  • Iman = Tauhid = Aqidah = I`tikad
  • Ihsan = Tasawwuf = Akhlak = Adab

Nampak tak perkaitannya?

sbg contoh,ketika menunaikan solat..solat itu ada dalam kategori syariah dan fiqh utk menghasilkan `amal,tp diperlukan bersama aqidah dan ketauhidan yg mantap membuktikan i`tikad dan diiringi bersama akhlak yg sempurna bersama 'hakikat' tasawwuf bg membuahkan peradaban..

salah satu cara menuju ke arah memiliki ciri2 ahli sufi ini ialah 'mujahadah nafsu'

mujahadah nafsu itu :-

  1. sedikit makannya
  2. sedikit tidurnya
  3. sedikit percakapannya
sedikit makannya itu adalah makan secara berpada-pada..tidak makan makanan yg enak2..bukan langsung tak dibenarkan menjamah makanan enak,maksud tersiratnya ialah supaya dapat menundukkan nafsu makan..jadi biasakanlah diri makan makanan yg biasa2 sahaja.

sedikit tidurnya,juga membawa pengertian yg sama,tidur mengikut kadar yg secukupnya sekadar kemampuan kita..suka utk ana berkongsi tentang bisikan malaikat..apabila kita terjaga dari tidur ketika sebelum subuh,bangunlah..kerana itu tandanya malaikat mngejut kita utk bgn bertahajjud pdNya..mungkin sbb kita ada berniat sebelum tidur ataupun mungkin tidak..tp bangunlah..krn mungkin hari esok,malaikat tidak lagi akan mngejut kita(fikir2kanlah)

sedikit percakapannya,hanya menuturkan sesuatu yg merupakan keperluan dan merupakan ibadah bg dirinya.

konteks kita?

kita..sbg pelajar yg sedang menuntut ilmu dlm bidang masing2..(ilmu yg kita tuntut sekarang ialah fardhu 'ain utk diri kita,wajib utk kita tahu semua perkara dlm bidang yg kita miliki,dan fardhu kifayah utk org lain)tidak salah utk ana katakan,sepatutnya,mjd tuntutan juga kepada kita utk mempunyai ilmu tasawwuf..bukan bermakna ana katakan kita semua wajib jadi ahli sufi..bukan..bukan itu maksud ana..tp,jadikanlah diri kita ke arah memiliki ciri2 tersebut..

Jika anda seorang guru,jadilah guru sufi,nescaya mampu memberikan ilmu pelajaran yg terbaik,bukan sahaja mnjadikan mereka golongan intelektual yg hanya pandai berfikir menggunakan akal malahan merenung segalanya melalui hati dgn mendidik jiwa-jiwa pewaris agama dan bangsa ini

jika anda seorang doktor/dentist,jadilah doktor/dentist sufi..nescaya mampu mengubat pesakit bkn sahaja fizikalnya malah rohaninya.

jika anda seorang aktuari,jadilah aktuari sufi..nescaya urusan perniagaan,
kewangan, ekonomi negara bkn sahaja stabil malahan dapat menghidupkan roh sufi dlm melaksanakan pekerjaan dgn amanah.

jika anda seorang jurutera,jadilah jurutera sufi,nescaya mampu membangunkan bangunan bersama dgn terdirinya kerohanian dlm jiwa,bukan sahaja utk diri malahan juga utk jiwa org lain yg bakal menduduki bangunan tersebut mengecapi ketenangan.

jika anda seorang arkitek,jadilah arkitek sufi..nescaya akan menghasilkan senibina yg dikagumi di mata dunia bukan sahaja ukiran yg berkualiti malahan nilai2 murni dalam bntuk ukiran Islam tidak dilupakan..

jika anda seorang peguam,jadilah peguam sufi..nescaya bukan sahaja menjadi pembela manusia yg hanya petah berbicara malahan menjadi pembela hak dan kebenaran serta keadilan dalam dunia..

dan apa sahaja bidang..

hakikatnya,tasawwuf ini bukan hanya utk ahli sufi malahan utk semua umat manusia yg mengejar kezuhudan hakiki dalam diri..

renungilah..

"sememangnya ilmu itu penting dlm kehidupan manusia..terutama ilmu diperlukan dlm melaksanakan 'amal..ilmu itu penting utk menjadikan kita seorang yg bijak pandai..ilmu jg pnting utk menjdaikan kita seorang berfikir tetapi ingat,tanpa sifat ZUHUD dan ADAB,tiada guna kerana syaitan itu juga pemikir yg bijak tetapi mereka TIADA ADAB"

moga bermanfaat atas perkongsian yg tidak seberapa ini..maaf atas segala kesalahan dan sila tambah dan perbaiki sekiranya terdapat kekurangan dan kesalahan

wassalam

Friday, January 16, 2009

MANA SATU PILIHAN HATI

dipetik dr ukhwah.com oleh tmn2syurga

ombaklaut menulis: "Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Renung-renungkan dan selamat beramal...