Friday, April 23, 2010

EXAM MOTIVATION

Assalamualaikum..

Pada kali ini,memilih tajuk yg berpatutan bagi sesiapa yg berkenaan terutama buat diri ini dan sahabat2 iaitu “exam booster” ana yakin waktu2 begini adalah waktu kemuncak bg kita semua utk melepasi satu peringkat untuk naik ke peringkat yg lebih tinggi pada masa2 akan..insyaAllah..mungkin ada di antara kita yg akan mnghadapi exam final,mid sem,final sem atau tidak kira apa sahaja,yg pastinya musim2 ini mahu tidak mahu,kita perlukan motivasi yg cukup kukuh utk mengawal tekanan dlm diri..

Sekadar perkongsian bersama2,ana menulis sedikit catatan yg ana peroleh dari sc persatuan,moga kita sama2 memperoleh manfaat yg berguna bersama-sama.

Kita sebagai pelajar,tidak kira dalam apa jua bidang pun,kita semestinya mahukan yg terbaik dlm setiap peperiksaan yg kita ambil tetapi pernahkah kita merenung dan berfikir sedalam-dalamnya apakah yg kita mahukan sebenarnya di sebalik kejayaan kita?adakah hanya utk kepuasan diri,atau kebahagian hati,atau sekadar memenuhi kegembiraan mak ayah atau pun kerana Allah?

Kenapa kita perlu study?kenapa kita perlu untuk berjaya dlm hidup kita?untuk siapa dan kerana siapa kita mahukan kejayan tersebut?semua org semestinya mahukan kejayaan dlm hidup kita,tapi apa usaha kita?dan kenapa kita perlu berusaha?di sinilah bermulanya persoalannya..

Ada juga yg sudah mula berusaha,tetapi berhenti di tengah jalan apabila jumpa sesuatu tajuk yg susah..ataupun tension bila fikir tajuk itu tak baca lagi,subjek ini tak sentuh lagi dan akhirnya putus asa akibat tertekan dan mudah sahaja menyerah kalah.

Di sini, hakikatnya, baru kita dapat lihat sejauh mana sebenarnya tekad kita utk mencapai dan mengejar kejayaan dlm hidup kita.

“dan barangsiapa berjihad, maka jihadnya utk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam” [surah Al-Ankabut:ayat 6]

Di sini kita dapat lihat bahawa Allah telah memberitahu hambaNya melalui KalamNya, bahawa sekiranya kita membuat sesuatu kebaikan ataupun berusaha,maka kebaikan itu pasti akan kembali pd diri kita semula..dalam erti kata lain,bila kita berusaha utk berjaya,hasil usaha kita itu adalah utk diri kita,sama ada utk dapat pointer yg tinggi,dpt result yg bagus,mumtaz dan sebagainya.. semua usaha kita itu, kembali semula memberi manfaat kepada kita,tidak utk org lain.

Kita menerima kesan daripada Allah, tetapi Allah tidak mendapat apa2 kesan dari tindakan kita

Usaha kita,bukan juga utk memberi kepada Allah..Allah sedikit pun tidak terkesan dgn kita.kalau kita rajin dan akhirnya berjaya, untungnya kembali pada diri kita,dan sekiranya sebaliknya, rugi juga tetap kembali pd diri kita.Allah tidak terkesan sedikit pun dgn tindak tanduk kita. Jadi berusahalah demi keuntungan dlm diri kita..

Kalau nak sesuatu yg berharga,pengorbanan dan kesakitan itu perlu

Kalau kita baca kisah-kisah perjuangan nabi-nabi,Rasul-Rasul dan para sahabat-sahabat dahulu, kita faham dan maklum, mereka menyampaikan da’wah dan mempunyai impian yg besar utk membawa manusia kembali pd Allah.tetapi apa yg mereka peroleh?mereka dihamparkan dgn onak dan duri dlm perjuangan mereka. Sakitnya mereka, lukanya mereka, dan terseksanya mereka,sangat pedih apa yg telah mereka lalui. Mereka bukan buat atau sampaikan benda tidak elok,malahan mereka menyampaikan risalah Ilahi, melaksanakan perintah Allah. Kalau ikut logik akal, Allah sudah pasti mampu utk memudahkan kerja mereka lebih2 lagi mereka menolong agamaNya. Allah boleh sahaja untuk buat,semua manusia di dunia ini menyahut seruan mereka,patuh dan tunduk kpd Allah.segalanya mampu bagi Allah.

tapi,kenapa Allah buat semua ini?

Kerana Allah sedang mengajar kita,apa sahaja yg kita mahukan,kita perlu utk BERUSAHA. Itulah fitrah kehidupan. Jika kita mahu berjaya, kita perlu ada USAHA.

Dan semestinya kejayaan yg kita impikan itu sangat berharga, maka sudah pasti ada kesulitan, kepayahan, pengorbanan dan kesakitan mengiringi segala usaha kita.jadi bersabarlah..

Adab: Berusaha bersungguh-sungguh

Jika kita mahukan kejayaan,kita perlu berusaha.

Tapi, jika kita sudah berusaha, maka berusahalah bersungguh-sungguh.

Itulah adab kita.berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya kita.

Sebagai contoh, saat kita membaca kalamullah,kita ada adab kita dgn Al-Quran,bukan? kita tidak meletakkannya di atas lantai dan kita meletaknya di tempat yg tinggi sebagai ihtiram (penghormatan) kita pd kitab Allah ini.kita sudah pasti akan menjaga kitab yg turun dr langit ini sebaik mungkin. Kita tidak sanggup melihat Al-Quran ini dipijak,diduduk apatah lagi melakukannya.itulah adab kita dgn Al-Quran.

Samalah juga saat kita menuntut ilmu.ilmu itu adalah ilmu Allah,barakahnya ada pada setiap ilmu Allah.jadilah peliharalah adab kita dgn ilmu Allah ini.

Ini kerana, kita terlalu mementingkan natijah, tetapi kita kurang mementingkan kadar dan usaha kita utk dapatkan natijah tersebut.

Yakinlah,dan seiringkanlah keyakinan itu dgn usaha.insyaAllah,kejayaan menanti.

Benda baik, jangan tangguh.

Peringatan bersama yg penting, bila kita dah niat nak buat sesuatu yg baik, jangan bertangguh, sebab nanti kemahuan kita akan hilang. Bukankah kehendak dan kemahuan manusia itu berubah-ubah?

Contohnya, ada satu hari ini, pagi itu kita dah niat, nak baca Al-Quran sepuluh muka surat,tetapi kita tangguhkan kejap lagi or kemudian,akhirnya, satu muka pun kita tak baca.samalah dgn kisah,klu kita dah niat nak bangun tahajjud,kemudian, bila dah terjaga awal pagi tu, kita cakap, xpela lagi lima minit.last2, tersambung tidur..

Jadi,marilah kita sama-sama kawal diri kita.

‘iqab=hukum diri & anugerah diri

Kita sebagai insan yg bersifat pelupa,perlu fleksibel.adakalanya, pada sesuatu keadaan, kita boleh belajar utk memaafkan diri kita.pada waktu lain pula, kita perlu utk menghukum diri kita.

Masa kecil-kecil dahulu,saat kita tidak lagi matang dlm pemikiran kita,kita diasuh dan diajar oleh ibu bapa kita. Benda ini elok, benda ini tidak elok. Bila kita buat salah, ibu bapa kita hukum kita. Asuhan ibu bapa kita itu, menjadikan diri kita lagi baik dari yg sebelumnya. Kita jadi lebih berdisiplin, berhati-hati dan berwaspada kerana kita tahu benda itu perkara yg salah.tu masa cerita kita budak-budak.

Sekarang, kita dah besar, kita dah matang dlm pemikiran kita. Kenapa kita tidak pernah repeat balik utk menghukum diri kita? Lupakah kita, satu ketika dahulu, hukuman yg telah menjadikan diri kita lebih berdisiplin?

Sebagai contoh, selalunya, setiap hari kita study dlm 10 jam.tetiba satu hari ini, kita tak study langsung n then kita cakap; xpe,esok masih ada.then,esok pun berulang benda yg sama dan lama kelamaan, baru kita sedar yg kita tidak lagi macam satu ketika dahulu. Jadi, bagi mengelak keadaan seperti ini berlaku, tak salah kita belajar utk menghukum diri kita.tidak perlu utk menghukum sehingga memudaratkn diri kita. Mungkin sekiranya kita tertinggal satu amalan yg kita biasa lakukan seperti puasa sunat dan tahajjud, kita hukum dgn berselawat ke atas nabi sebanyak 100 kali.

Apalah sangat hukuman yg kita kenakan ke atas diri kita berbanding hukuman Allah di akhirat nanti.

Lagipun, kita kata kita nak jadi pejuang, seorang pejuang itu pastinya akan disakiti,jadi sebelum orang lain sakitkan kita, kita pelu utk sakitkan diri kita dahulu.

Samalah dgn sebaliknya, sekiranya kita berjaya dlm sesuatu perkara, anugerahkanlah diri kita dgn sesuatu yg kita suka. Sebagai contoh, bila kita berjaya dlm peperiksaan, kita hadiahkanlah diri kita dgn melakukan sesuatu yg kita suka;asalkan tidak melanggar perintah Allah.

Nilai diri

Kadang-kadang kita bongkak. Kita rasa kita ni dah cukup bagus, kita bandingkan diri kita dgn org lain. Kita hitung segala kebaikan kita..padahal hakikatnya pada pandangan Allah, apa yg kita buat tu, tidak banyak mana. Belum lagi dikira, adakah amalan yg kita lakukan itu,ada keikhlasannya?

Nilailah diri kita..bak kata Hilal Asyraf “saat kita merasakan diri kita sudah ‘bagus’ maka di situlah titik kejatuhan kita” kita sbg manusia,ada saat kita leka dan lupa.maka, kembalilah kembali memohon keampunan pd Allah..moga Allah mengampunkan kita semua.

Sesungguhnya,manusia takkan lupa diri,bila dia ingat 3 perkara:

1. Dari apa dia diciptakan?

2. Kenapa dia diciptakan?

3. Ke mana dia akan pergi selepas ini?

1. kita diciptakan dari tujuh jenis tanah,yg kotor, hitam, busuk dan sebagainya. 2. Kita diciptakan bukan utk sia-sia, melainkan hanya utk beribadah kpd Allah. 3. Kita akan pergi menemui Allah kembali, utk menerima segala balasan atas segala perkara yg telah kita lakukan semasa di dunia.

Kalau setiap manusia sedar dan tahu hikmah yg tersirat di sebalik 3 perkara ini, ke mana sahaja dia tercampak, sama ada berkumpulan atau keseorangan, di sisinya ada teman seaqidah mahupun seorang diri tercampak dlm keadaan sekelilingnya kafir,dia tetap boleh hidup dgn berperasaan sbg hamba yg masih bertuan kpd Tuhannya.

Kenal tuhan dan ingat mati

Manusia itu sendiri tidak akan kenal Tuhan selagi dia tidak kenal dirinya.maka,selalulah kita berdoa dgn doa ini:

اللهم عرفني نفسي

Maksudnya: ya Allah, jadikan aku mengenal diriku sendiri..[ameen]

Bila kita kenal diri,kita akan tahu nilai diri.dan kemudian, kita akan kenal siapa Tuhan kita iaitu Allah yg Maha Agung dan Maha Kuasa.

Ada kata2 yg mengucapkan;

“Berkerjalah seolah-olah kamu akan hidup utk selama-lamanya dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Menurut kefahaman kita sebagai manusia biasa, berusahalah kita sehabis mungkin dan beribadahlah seolah-olah itu adalah ibadah kita yg terakhir.

Tetapi di sini; berbeza dgn kefahaman ahli sufi, lewatkan kemahuan dunia,awalkan ibadah seharian kita. Ataupun,analoginya, berkerja utk hidup selama-lammanya itu adalah assignment kita yg kita perlu hantar lusa dan beribadah seolah-olah akan mati pd esok hari itu seolah-olah assignment yg kita kena hantar esok, jadi apakah pilihan kita?mana yg kita akan utamakan? Sudah pastinya assignment yg kita perlu hantar esok bukan? jadi, maksud tersirat di sini menurut kefahaman mereka yakni ahli sufi; delaykan kehendak dunia dan utamakan ibadah kita dlm apa sahaja perkara yg kita lalui seharian.

Kesimpulannya, walau apa pun kerja dan pelajaran yg kita buat/ study sama ada kerja/pelajaran itu berkaitan dgn bidang kita,itu tetap yg kedua..ibadah kita yg utama dan pertama..jadi,marilah sama2 kita perbaiki diri dgn menjaga waktu solat kita terutamanya, jgn sampai terlalu fokus study, sehingga tanggungjawab dan amanah kita yg utama kita pd Allah kita tinggalkan..na’uzubillah..

Sampai di sini sahaja perkongsian yg tidak seberapa ini..moga kita sama2 memperoleh manfaat bersama..

Yg baik jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan..

Siru’ala barakatillah =)

wassalam

Monday, April 12, 2010

Does Your Blood Type Reveal Your Personality?

According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?

TYPE O

You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A

You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate.. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.

TYPE B

You're a rugged individualist, who's straight forward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB

Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.




healthy tips..

Assalamualaikum..

here,i got some beneficial information..enjoy it together with Allah's Blessing..

The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the heart is on the left foot.



Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to.

It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here.

This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks.

God created our body so well... He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times.

So, keep walking..





moga bermanfaat..

Thursday, April 1, 2010

KEMATIAN MENJEMPUT

MATI

Sekali disebut dan mendengar perkataan ini,terasa masih jauh lagi rasanya saat itu atau tidak memberi kesan pada hati seakan-akan kita tidak akan melalui saat itu..benarlah,dunia telah merantai hati dgn kecantikan palsu yg mempesona menyebabkan kita merasakan banyak lagi yg perlu dikejar,banyak kerja yg tergendala,banyak harta yg belum dikumpul seolah-olah dunia ini tidak pernah berpenghujung.hati tidak puas memburu itu dan ini,mengikut bisikan halus nafsu sehingga menutup mata hati.

Adakala kesedaran itu datang,bila hati disentuh dgn pemergian insan terdekat..tengok upacara pengebumian di depan mata..saat itu baru terasa membayangi diri di tempat tersebut..apa rasanya saat ditarik nyawa?bagaimana akhirnya penghidupan ini?nyawa ditarik dlm keadaan kita macam mana?saat iman penuh di dada atau saat maksiat membaluti diri?bila persoalan2 begini mengasak fikiran,barulah insaf sebentar..ya,sebentar n sekejap je. kemudian hati lalai kembali dgn pesona dunia..alangkah susahnya mendidik hati..andainya istiqamah belum kukuh dalam diri. bukan tiada yg tersentuh secara menyeluruh tetapi bilangannya terlalu sedikit..mereka seolah-olah terlindung di dalam pasir atau tersembunyi di dasar laut.

BERINGAT-INGAT

Dgn kesibukan mengejar kekayaan n kejayaan dunia,lupakah kita dgn ayat ini?

“sesungguhnya orang yg bijak itu adalah org yg mengingati mati”

Tidak mengapa andai kita terlupa dalam kesibukan dunia tetapi kita ingatkanlah hati kita bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan kita sentiasa menziarahi orang mati agar kita tidak mudah lalai dgn dunia. Dan adakalanya,ingatkanlah diri,bayangkan diri kita,saat ditarik nyawa itu..saat bagai terasa kulit ini disiat-siat seperti kita melihat kulit2 binatang korban yg disiat..sekurang-kurangnya kita akan merasa insaf n sentiasa beringat.

Berjaga-jagalah kita dgn penyakit ALHAWAN:penyakit yg melanda hati manusia,iaitu cintakan dunia dan takutkan mati..

ALAT SEMATA-SEMATA

Tentang mengejar akhirat,bukan bermakna meninggalkan dunia secara keseluruhan dan duduk sahaja di atas tikar sembahyang,beribadah,berhenti kerja serta meninggalkan tanggungjawab pada agama,keluarga dan ummah.ini sendiri tidak diajar dan dianjurkan oleh Islam..tetapi maksud di sini adalah berpada-pada..berpada-pada dalam mendapatkan dunia,menjadikan dunia dan isinya hanya sebagai alat mendekatkan diri pd Allah..ya,ALAT semata-mata..alat utk membuat kebaikan..alat utk menambah amalan kita utk mendapat kembali ganjaran di akhirat..

“letaklah dunia di tanganmu,bukan di hatimu”

KITA BOLEH PILIH

Ya! Kita boleh pilih,utk menjadikan diri kita mati dlm keadaan bagaimana..pilih melalui amalan kita dari SEKARANG dlm tqdir Allah..sememangnya, taqdir itu milik Allah..tetapi kita yg bertanggungjawab membuat putaran hidup kita menuju taqdir Allah.

Kita ada kuasa,kuasa utk memilih..pilihlah dgn pilihan yg terbaik,yg membawa kebaikan dan kebahagiaan buat diri kita di dunia dan akhirat.

bak kata salah seorang sahabat,nak tak nak kita kena hadapi benda tu,jadi diri kita yg membuat keputusan dan memilih sama ada pilihan kita positif atau negative..sbg contoh, kita nak exam atau temuduga.exam atau temuduga ni,kita memang kena hadapi utk menaikkan lagi tangga peningkatan dalam diri.sekiranya tidak,kita akan kekal di tahap yg lama..jadi di sini,kita boleh pilih sama ada utk menghadapi dan membuat persediaan ini dalam keadaan senang hati ataupun tertekan.

Aplikasinya dalam keadaan yang makin hampir dgn jemputan malaikat maut:

كل نفس ذائقة مؤت

“sesungguhnya,setiap yg bernyawa itu pasti akan merasai mati”

Nak tak nak,kita tidak boleh lari daripada kematian yg pasti.kita semua memang akan menghadapi saat kematian itu..utk berjumpa dgn Pencipta dan Pemilik diri kita.jadi di sini,kita boleh pilih melalui amalan kita utk mati dalam keadaan husnul khatimah atau suul khatimah.kalau kita mati dlm keadaan husnul khatimah,syurga lah tempat kita,tempat yg lagi indah dan mempesona berbanding dgn pesona palsu dunia.sekiranya sebaliknya,nerakalah tempatnya dan sudah pastinya,keadaannya teramat dahsyat daripada kehidupan dunia. [na’uzubillah].

Dan janganlah lupa utk berdoa pd Allah agar mematikan kita dlm keadaan husnul khatimah:

"اللهم تختم علينا يا الله بحسن الخاتمه ولا تختم علينا يا الله بسوء الخاتمه.امين"

“ ya Allah,matikan kami dlm keadan husnul khatimah dan jangan matikan kami ya Allah, dlm keadaan suul khatimah.ameen”

Jadi buatlah pilihan yg tepat kerana pilihan di tangan kita.

Renungilah lirik ini:-

Mati

Sampailah waktu ajalkan datang
Malaikat maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang

Mati itu terlalu sakit
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit

Masuklah mayat ke dalam bumi
Munkar dan Nakir tanyakan diri
Tiada terjawab amalan sendiri
Dipukul malaikat ke dasar bumi

Setelah di kubur baru menyesal
Teringat diri membuat dosa
Teringat diri tiada beramal
Tak mungkin lagi pulang ke dunia

Mati itu terlalu lazat
Bagi syuhada' di medan jihad
Olehlah itu wahai sahabat
Iman di dada perlu ditingkat

Boleh download di sini atau sini

[siru’ala barakatillah]

wassalam