Soalan: Apakah erti Imam Mahadi?
Jawapan: Banyak hadis-hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa diantara tanda-tanda dunia hampir kiamat akan turunnya Imam Mahdi yang berperanan sebagai penerus dan penegak kebenaran agama Islam. Ia datang bukan membawa ajaran baru tetapi meneruskan perjuangan Islam. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Dalam hadis yang lain disebutkan:" Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah SAW yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah". (Riwayat Abu Daud dan Hakim) Jelaslah bahawa Imam Mahdi seorang lelaki yang turun ketika dunia hampir kiamat. Setelah itu baru turun Nabi Isa as. Imam Mahdi dan Nabi Isa turun bukan membawa ajaran baru tetapi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.
Rujukan: http://www.darulnum an.com/soal/ urut6.html# 54
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ __
Tidak Mempercayai Imam Mahdi dan DajjalSoalan: Apakah hukumnya jika seseorang itu sukar untuk mempercayai atau mempercayai wujudnya Dajjal dan Imam Mahdi kelak ?
Jawapan: Ramai dikalangan ulamak muktabar mempercayai lebih kurang 50 buah hadis tentang kedatangan Imam Mahdi. Diantaranya Syekh Sya'rawi mengatakan "Imam Mahdi yang dijanjikan Rasulullah SAW akan datang di akhir zaman itu benar akan terjadi. Dia akan dibai'at orang secara serentak dan bukan dia yang meminta orang supaya membai'at dirinya. Tentu kita akan bertanya pula mengapa orang yang hidup pada zaman itu, yang jauh dari ajaran Islam, secara tiba-tiba dan secara serentak membai'atnya? . Ini tentunya dari sikap yang terpuji yang ditunjukkannya. Ilmunya mendalam, kelakuannya baik dan berjuang menegakkan agama Islam dengan ikhlas, maka orangpun tertarik dengan perjuangannya" .
Menurut Abul A'la al Maududi, bahawa seluruh jumhur ulama telah sependapat bahawa Imam Mahdi itu benar akan datang. Namun demikian ulama tidak sependapat menentukan orangnya. Maksudnya kata sebahagian ulama siapa yang betul-betul bersifat seperti yang dijanjikan Rasulullah itu, maka itulah Imam Mahdi".
Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Belum lagi terjadi kiamat sebelum muncul Imam Mahdi dari anak cucuku juga. Dan Mahdi itu pun belum datang sebelum munculnya enam puluh orang pembohong, yang masing-masing mereka mengakui dirinya sebagai nabi".
Jika anda sukar untuk mempercayai sesuatu yang telah di khabarkan dan telah diterangkan oleh Rasulullah SAW, maka berusahalah untuk membersihkan jiwa dengan memegang teguh ajaran yang dibawa oleh baginda. Jangan mudah dibawa oleh arus pemikiran yang memutarbalikkan minda umat Islam. Maka hukumnya berdosa jika tidak mempercayai sesuatu yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW
Wednesday, June 4, 2008
IMAM MAHDI
Posted by pu3_raudhah at 9:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment