Assalamualaikum wbt.
"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah
rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu
dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia
adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas
menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya
tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi
nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya
ikhlas..."
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya
tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan
tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang
mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa
yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang
empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,
Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga
diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur
jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila
sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis
lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca
Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum,
ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!
erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau
nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau
terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang
tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,
hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik
khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang
selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama
yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di
depan orang, forum, upacara memberi hadiah -
lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu
hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,
selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin
popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh
hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak
seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis
kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,
hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah
ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum
berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang
yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu
berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada
yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi
kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga
aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada
pula yang menangis."
Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang
rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam
kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga
ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub
hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari
dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah
itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.
Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh
itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah
semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu,
bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari
Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk
mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa
sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan
Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq
Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "
Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam
dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam
rahsia Allah
~salam ceria selalu
Tuesday, December 26, 2006
Apa itu ikhlas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment