Wednesday, December 27, 2006

KUCING LAGI SATU

Pada suatu malam,seorang pencuri memasuki rumah seorang pegawai bank yang kaya raya.Setelah berada didalam rumah tersebut,seekor kucing telah melanggar pasu yang berada didalam rumah tersebut menyebabkan tuan rumah terjaga.

Tuan Rumah : Siapa tu?
Kucing : Miaow....Miaow...
Tuan Rumah : Oooo...Kucing Rupanya

Pencuri merasa gembira kerana dirinya terselamat dan tanpa dia sedari,dia telah melanggar sebiji lagi pasu bunga dan sekaligus menyebabkan tuan rumah itu terjaga sekali lagi.

Tuan Rumah : Siapa tu?
Pencuri : Kucing Lagi Satu

Tuesday, December 26, 2006

Nabi Sulaiman dgn Kubah Ajaib

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut.

Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke alamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama
70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya
meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi".

Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab
pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi
kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Apa itu ikhlas

Assalamualaikum wbt.

"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah
rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu
dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia
adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas
menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya
tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi
nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya
ikhlas..."

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya
tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan
tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang
mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa
yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang
empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,
Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga
diterima Allah.

ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur
jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila
sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis
lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca
Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum,
ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!
erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau
nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau
terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang
tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,
hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik
khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang
selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama
yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di
depan orang, forum, upacara memberi hadiah -
lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu
hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,
selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin
popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh
hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak
seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis
kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,
hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah
ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum
berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang
yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu
berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada
yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi
kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga
aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada
pula yang menangis."

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang
rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam
kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga
ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub
hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari
dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah
itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.
Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh
itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah
semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu,
bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari
Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk
mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa
sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan
Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq
Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam
dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam
rahsia Allah

~salam ceria selalu

bEBERAPA FAKTA TTG AL-QUR'AN

Assalamualaikum wbt.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889
peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada ¡§The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al
Suwaidan.

Perkara yg haram di dlm rezeki

Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari, baru akan berganti darah yang bersih. Apabila darah yang haram terdapat sebesar zarah bercampur dengan darah yang murni, kemudian jantung akan membahagi darah kesekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila sampai kemulut, orang itu dapat penyakit suka mencaci dan memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara-perkara maksiat. Apabila jatuh ke kaki, dia akan berjalan-jalan ke tempat maksiat.

Rezeki yang haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup dalam rumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian di dalam rumahtangga. Kemudian apabila seorang mukmim, makan dan minum dari rezeki yang haram apa lagi orang yang memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, makanan itu haram hukumnya. Berasaskan Hadith RasululLah S. A. W. Di zaman para sahabat, ada seorang hamba Allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat. Setelah diubat oleh banyak tabib, namun penyakitnya tidak juga sembuh (sihat). Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat ISTIKHARAH. Selesai solat itu dia berdoa kepada Allah, Ya Allah, Ya Rabbi, Seandainya anakku ini baik baginya untuk mati ambillah Ya Allah, aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup, sihat dan sembuhkanlah Ya Allah dari penyakitnya. Bila anakku sihat dan sembuh dari penyakitnya aku akan bernazar akan meminum dara! h anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. AlahamdulilLah berkat doanya itu. anaknya sihat dari penyakitnya. Namun dia tidak sanggup untuk membayar nazarnya.

Kemudian dia datang kepada RasululLah dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama Islam, namun orang itu tidak pernah solat di rumahnya. Apabila hari hujan, tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu, akan melebihi darah dan kencing anjing hitam. Demikianlah pentingnya solat bagi orang yang beragama Islam. Sahabat nabi dan menantu nabi iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, apabila setitis arak tertumpah jatuh ke dalam perigi. Kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. Oleh sebab itu marilah jadikan sebagai iktibar peristiwa tersebut di atas. Supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam.

Sunday, December 24, 2006

soalan yg kerap ditanya dan sepatutnya dijawab...

Soalan Yang Kerap di Tanya........dan sepatutnya
> > dijawab
> >
> > Anda berader di stesen bas dan rakan anda
> > ternampak sambil
> > bertanya:
> > "Tunggu bas ke?"
> > Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
> > helikopter, lambat pula hari ini ye" .
> >
> > * Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi
> > dan rakan sebilik anda
> > bertanya: "anda nak mandi ke?"
> > Jawab : "Taklah aku nak pergi main lelayang kejap,
> > anda nak join?".
> >
> > * Anda sedang menulis surat dan rakan anda
> > menegur: "Aik? tulis surat nampak?"!
> > Jawab : "Oh ye ke. Aku tak prasan ah...tangan
> > aku bergerak
> > sendiri".
> >
> > * Anda sedang makan nasik dan orang
> > tegur: "Makan nasik?"
> > Jawab : " Mata anda buta ke apa? Kan aku tengah
> > minum teh ais ini?".
> >
> > * Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda
> > bertanyer: "Baru balik dari kerja?"
> > Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pergi kerja lah
> > ini...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah
> > saya dah pindah kat opis"
> >
> >
> > * Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan
> > sepejabat menegur: "Eh kau
> > sibuk ke?"
> > Jawab : tak payah jawab, peratikan muker dia lepas itu
> > kompang siket pipi
> > dia.!
> >
> > * Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan
> > anda datang lalu bertanyer:
> > "Eh cerita melayu ke?" !
> > Jawab : "Bukanlah, ini kan cerita Otromen Taro
> > menentang Raksaser dari Planet tak...anda tunggu kejap
> > nanti otromen keluar".
> >
> > moral of the story....dah tau...jangan lah tanya.....
> >
> > sekian terima kasih...

Saturday, December 23, 2006

Nama syaitan dlm AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
> > > Nama syaitan;
> > > 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
> > > 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
> > > 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
> > > 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
> > > 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
> > > 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
> > > 7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
> > > AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

cara nak cover malu...:-P

1. Kalau tersepak batu - Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-gulinghingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila tak ada org nampak..
2. Kalau terjatuh beskal- cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saja-saja buat lawak...
3. Kalau terjatuh tangga - terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhlukhalus...
4. Kalau terjatuh dalam longkang- Pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orgmenyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan...
5. Kalau terjatuh di depan bus stop - Terus buat-buat pengsan sehingga ada org membantu anda..kalau tak ada..baringterus sampai mlm dan tak ada org lagi kat bus stop tu...haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .
6. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin - Tarik lah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuhbersama-sama supaya tak lah anda seorang saja yang dapat malu... ye tak?...selamat mencuba!

page baru...

assalamualaikum...

erm...baru buat page ni...blur gak jadinya..mana tidaknya...xtau apa2 pon...
thanks utk Puteri coz help me...klu sesape y arif tu..tlgla ajar saya yer...
xpe...sekurang-kurangnya tercapai gak hasrat nak wat page ni...

hrp sesape sudi bg tunjuk ajar yer...

terima kasih..wassalam...