(dipetik dari harakahdaily.net) KUALA LUMPUR, 6 Okt: Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebookpada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.
Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.
Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.
Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"
Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!
Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!
XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!
Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!
XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!
XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!
Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!
Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!
Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!
XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"
Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"
MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!
Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!
XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!
Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?
PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?
Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!
Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.
Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?
Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!
Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!
Friday, October 7, 2011
Berambuslah MCA: warga internet Cina tampil bela PAS
Posted by pu3_raudhah at 9:26 AM 0 comments
Saturday, July 9, 2011
PLEASE, USE YOUR MIND
Let us think together. What are the purposes there was human in this world? For what reason they had been created? If we compare to other living things such as trees, and animals, only us as a living things have mind to think. Animals and trees cannot think. They did not have mindeven they have brain. so, let us read and then think by using our mind.
We can see how special human is. So, why we as special creature were chosen to be in this world? There must be reason why we are here now.
The reason why we are living now, it is just for us to do what we want to do? Enjoy everything without rules and law?
If we think about it, it is logic?
As example, if someone lives in a country and does not obey the law and rules of the country, what happen to that country? That country will not be in peace. All the citizens do not obey the law and rules, they will not live peacefully.
Another example, if someone drives the car and driving without thinking others, does not obey the law and rules of highway, there will be accident.
So, as human who lives in this world, don’t you think that we as living and special creature, must have law and rules to obey. Isn’t it?
We lives in this world, we should obey the law and rules, so that we can live peacefully.
So, to obey the law as a special creature, we must obey the law and rules of the ONE who made us.
All the things that we want to do, related to the rules of the ONE. If everyone in this world obeys those rules, there will be no war anymore. Our lives as human will be peaceful.
All the things that we want to do, related to the rules of the ONE. If everyone in this world obeys those rules, there will be no war anymore. Our lives as human will be peaceful.
But, not law and rules from human’s hand. We could see that these rules were not fair. we could see before how the rules of humans’ hands are not fair.
But how we want to find the rules?
The rules only exist in religion.
But how you want to find the pure and original rules?
Search it and find it.
There is only one religion that their rules related to our lives. Our activities start from morning until night.
That rules from the ONE.
Not religion that only exist in worship house or religious house. We do not always being in religious house. So find another religion that their rules can be applied in our lives for every time.
There were many religions. But not all of them are same. So why not, find it first before decide without knowledge?
We can differentiate what is true and what is wrong because we are special creatures. So, why not we find and learn the truth?
Posted by pu3_raudhah at 2:43 PM 0 comments
Thursday, May 5, 2011
LIFE AFTER DEATH.................?????
Think about it.
Posted by pu3_raudhah at 1:32 AM 0 comments
Wednesday, December 1, 2010
Daulah Islamiyah anugerah kepada umat Islam
dipetik dr harakahdaily.net SHAH ALAM, 1 Dis: Tokoh Pemikir Dunia Islam Antarabangsa, Prof Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti menegaskan, Daulah Islamiyah adalah anugerah kepada umat Islam setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT dalam semua hal kehidupan dan meninggalkan larangan-Nya. Dr Said berkata, umat Islam wajar kembali melihat bagaimana manhaj dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kalangan Sahabat di zaman Nabi dahulu kerana mereka melakukan segala ketundukan hanya semata-mata untuk mentaati Allah SWT, bukan untuk yang lain daripada itu. Menurutnya, hasil daripada melakukan segala kebaikan berpandukan arahan dan didikan Nabi Muhammad di sepanjang perjalanan kehidupan mereka, akhirnya Allah SWT. hadiahkan sebuah Negara Islam kepada mereka setelah berbelas tahun berjuang. "Wujudnya Negara Islam di Madinah adalah hadiah daripada Allah SWT. kepada sekumpulan sahabat besar yang sentiasa melaksanakan arahan dan mengikut perintah-Nya. "Pertama mereka melaksanakan wathifah yakni tugas yang wajib dilakukan serta meninggalkan segala larangan-Nya dan keduanya, baharulah mereka mendapat hadiah daripada Allah SWT. "Persoalannya kepada kita sekarang, kenapa Daulah Islamiyah pupus? Jawapannya adalah kerana terdapat sebahagian besar daripada umat Islam meninggalkan segala arahan dan melakukan larangan-Nya," tegasnya dalam satu ceramah di Masjid Negeri, dekat sini, kelmarin. Turut hadir dalam majlis itu adalah Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Utama Diraja, Mohamad Tamyez Abdul Wahid, Imam Besar Masjid Negeri, Syeikh Ahmad Mustafa Sidin, Presiden Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Roslan Mohamed dan Timbalan Dekan Fakulti Syariah Universiti Damascus, Dr Tawfik Ramadhan Al-Bouti, Dr Said Ramadhan Al-Bouti merupakan Ketua Jabatan Tauhid dan Agama, Fakulti Undang-undang Islam di Universiti Damascus, Syria berada di Malaysia atas undangan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pengucap Utama dalam Konferen Antarabangsa Pendidikan Islam (ICIEd2010) anjuran bersama KUIS dan Ilmuan bermula 29 November hingga 1 Disember. Menurutnya lagi, kini masalah yang sedang melanda umat Islam di mana mereka lebih mengutamakan tudung atau penutup daripada memikirkan bagaimana untuk mewujudkan sesuatu bekas itu terlebih dahulu. Beliau juga mengingatkan umat Islam agar jangan berasa gembira apabila kedapatan buah yang hanya diikat dengan benang lalu disambungkan di pokok dan isytiharkan 'inilah buah yang dihasilkan oleh pokok' berkenaan. Dalam pada itu dengan nada menasihatkan umat Islam agar semua pihak memberikan perhatian sepenuhnya kepada pendidikan dalam keluarga sendiri menuju kejayaan yang baginya, merupakan saliran-saliran sungai kecil akhirnya membentuk sebuah 'banjir besar' yang diibaratkan sebuah Daulah Islamiyah.
Posted by pu3_raudhah at 11:38 PM 1 comments
Labels: negara Islam
Saturday, May 29, 2010
perbezaan angan2 dan harapan
dipetik drp : http://blog.re.or.id/perbedaan-angan-angan-dan-harapan.htm
penulis Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
assalamualaikum
Ketika seseorang mengharapkan sesuatu dia harus mengetahui bahwa harapan itu akan berkonsekuensi pada tiga hal:
1. Mencintai apa yg ia harapkan.
2. Ia merasa khawatir tdk mendapatkan apa yg ia harapkan.
3. Ia berusaha utk mendapatkan apa yg diharapkan dgn segala kemampuannya.
Harapan yg tdk disertai satupun dari tiga hal di atas mk itu hanya angan-angan belaka. Harapan dan angan-angan adlh dua perkara yg berbeda. Setiap orang yg mengharapkan sesuatu mk pada diri akan muncul perasaan takut kehilangan apa yg ia harapkan akan berusaha menempuh jalan utk mendapatkan apa yg ia harapkan. Bila takut kehilangan apa yg ia harapkan mk ia akan segera berupaya agar tdk terluputkan dari apa yg ia harapkan.
Dalam Jami’ At-Tirmidzi disebutkan hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ خَافَ أَدْلَجَ، وَمَنْ أَدْلَجَ بَلَغَ الْمَنْزِلَ، أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللهِ غَالِيَةٌ، أَلاَ إِنَّ سِلْعَةَ اللهِ الْجَنَّةُ
“Barangsiapa khawatir disergap musuh di waktu sahur dia akan menghindarkan diri sejak awal malam. Barangsiapa yg berusaha menyelamatkan diri sejak awal ia akan sampai kepada tempat tinggalnya. Ketahuilah sesungguh barang dagangan Allah itu mahal.
Ketahuilah barang dagangan Allah itu adl surga.”
Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi harapan kepada orang2 yg mengerjakan amal shalih demikian pula Ia memberi rasa takut kepada mereka. mk ketahuilah bahwa harapan dan rasa takut yg bermanfaat adlh yg disertai amal shalih. Allah l berfirman:
إِنَّ الَّذِيْنَ هُمْ مِنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُوْنَ. وَالَّذِيْنَ هُمْ بِآيَاتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُوْنَ. وَالَّذِيْنَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لاَ يُشْرِكُوْنَ. وَالَّذِيْنَ يُؤْتُوْنَ مَا آتَوْا وَقُلُوْبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُوْنَ. أُولَئِكَ يُسَارِعُوْنَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُوْنَ
“Sesungguh orang2 yg berhati-hati krn takut akan Rabb mereka. Dan orang2 yg beriman dgn ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang2 yg tdk mempersekutukan dgn Rabb mereka . Dan orang2 yg memberikan apa yg telah mereka berikan dgn hati yg takut sesungguh mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera utk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang2 yg segera memperolehnya.”
Al-Imam At-Tirmidzi dlm Jami’- menyebutkan hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ia berkata: Aku berta kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai ayat ini. Aku berkata: “Apakah mereka adlh orang yg meminum minuman keras berzina dan mencuri?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
لاَ يَا بِنْتَ الصِّدِّيْقِ، وَلَكِنَّهُمُ الَّذِيْنَ يَصُوْمُوْنَ وَيُصَلُّوْنَ وَيَتَصَدَّقُوْنَ، وَيَخَافُوْنَ أَنْ لاَ تُتَقَبَّلَ مِنْهُمْ، أُولَئِكَ يُسَارِعُوْنَ فِي الْخَيْرَاتِ
“Tidak wahai putri Ash-Shiddiq. Mereka adlh orang2 yg berpuasa shalat bersedekah. Namun mereka khawatir kalau amalan yg mereka lakukan itu tdk diterima oleh Allah. Mereka itu orang yg sebenar berlumba-lumba berbuat amal kebaikan.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyebutkan sifat orang2 yg bahagia dgn ihsan yg disertai khauf . Sebalik Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan sifat orang2 yg sengsara dgn berbuat keburukan yg disertai perasaan aman.
Sumber: www.asysyariah.com
pengajaran: selagi masih ada ruang dan harapan,teruskn berusaha..berharaplah pd Allah,selagi masih boleh berharap sebelum keputusanNya tiba..
wassalam
Posted by pu3_raudhah at 3:16 PM 2 comments
Monday, May 10, 2010
facebook?
dipetik dari http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/12/snippet-facebook.html]
Facebook,laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.
Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.
Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!
Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!
Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.
Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.
Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.
Posted by pu3_raudhah at 5:58 AM 0 comments
Labels: konspirasi
misteri JACKO!
[dipetik dari http://panjihitamdaritimur.blogspot.com/2009/08/misteri-jacko.html]
assalamualaikum..di sini,ana tergerak nak letak tentang konspirasi MJ..sama2 kita kongsikan..sila rujuk sini utk info2 bermanfaat
Posted by pu3_raudhah at 5:09 AM 0 comments
Labels: Barat, konspirasi