putus harap itu tiada dlm kamus hidupku..selagi ada jalan yg dibuka selagi itu akn ku tempuh..dan sesungguhnya,Allah tidak pernah menutup jalanNya,moga diri ini sntiasa diampunkanNya..keredhaanNya yg utama disamping melengkapkan keperluan dunia sbg alat menuju redha Allah dan SYURGA..i.Allah..[ameen]
Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan,Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah,Membuat kita kaya di Dunia,Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,serta Rahmatnya yang Maha Luas,Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain,kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri,Jangan Bersedih...Bila Disakiti,Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa,Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan,Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira,Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah =)
PESANANKU BUATMU...
Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah, Sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, Iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, Ukhwah kita utk selamanya.
DOA AMALAN..
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
BISIKAN NALURI
Ya Allah.. Kuatkan hati kami dlm merentas benua mehnahMu.. Kami bimbang karam di tengah samuderaMu.. Kuatkan ranting-ranting perjuangan kami, agar tidak goyah bila mana hadir ribut dugaan yg membikis perjalanan kami.. yg menyekat nawaitu ini.. yg menghalang gerak langkah menyusur arahMu.. Qudusnya KasihMu, Paut dan Genggamlah erat2 diri kami agar tidak jauh dariMu.. AMIN..
Motivatian
Kadang-kadang kita merasakan sangat sedih, gembira, sakit hati dan macam2 lagi perasaan. Semua itu lumrah. Tetapi orang yang bijak, ialah orang yang sentiasa mengingati Allah tidak kira apa jua perasaan yg dialaminya, kerana dia yakin bahawa setiap ujian yg diberikan akan menjadikan dia lebih matang dalam hidup dan mendekatkan dirinya kpd Allah.. Fokuskan hidupmu kpd perkara positif, usah dibiarkan yg negatif itu menguasai dirimu, dan bersangka baiklah kpd Allah kerana rahmat dan kasihNya amat luas, dan Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya..