Monday, December 20, 2010

Pemilihan KHALIFAH, TANGGUNGJAWAB semua

Assalamualaikum w.b.t

Bahang pilihanraya Persatuan Perubatan Malaysia-Mesir kian terasa.Hanya beberapa hari lagi, kita akan melihat wajah-wajah baru yg akan naik bagi mendokong dan menggerakkan Persatuan Perubatan Malaysia-Mesir. Dan semestinya, tangan-tangan ahli memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam menentukan siapakah yang bakal meneraju dan mengisi kerusi-kerusi yang bertanding. Untuk dua belas calon lelaki yang bertanding, hanya ada lapan kerusi sahaja untuk diisi. Sementara itu, untuk calon perempuan pula, daripada sebelas orang yang bertanding, hanya ada tujuh kerusi sahaja untuk diisi sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT)

Untuk maklumat yang lanjut dan lebih tepat, sila layari www.jpp.perubatan.org

Pilihanraya yang akan berlangsung pada 24 Disember dan bertempat di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah (DMAK) atau dengan nama lain, ARMA, menuntut kehadiran sahabat-sahabat sekalian bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli bagi sama-sama membuang undi. Di sini, secara peribadi, saya memohon sahabat-sahabat terutama dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi perubatan universiti Al-Azhar untuk turun dan mengundi sahabat kita yang telah dicalonkan.

Berikut adalah salah seorang daripada wakil Azhar yang telah tercalon iaitu Nihal M Tarmizi


Kenapa kita perlu mengundi?

Sekiranya keadaan di Malaysia kini sedang sibuk membuat persiapan bagi pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), kita pula sedang sibuk menyusun atur pilihanraya PERUBATAN. Kesamaan bagi kedua-dua pilihan raya (PR) ini adalah masing-masing menggunakan sistem demokrasi bagi menentukan siapakah yang akan dipilih untuk memegang tampuk pemerintahan ataupun majlis tertinggi. Kedua-dua PR ini juga membawa gambaran yang sama iaitu kepekaan terhadap keadaan sekeliling dan menuju ke arah matlamat yang tertentu. Besarnya pengaruh PR ini ialah, mereka memberi impak yang besar yakni dengan cara boleh merubah sesuatu keadaan mengikut mejoriti. PR itu sendiri umpama politik, maka ingatlah kata-kata ini;

Politik tidak boleh dipisahkan dari hidup, hidup juga tidak boleh terpisah dengan politik. Orang yang mengirakan diri mereka sebagai tidak minat berpolitik serupa sahaja. Hakikatnya mereka telah diserapmasuk ke dalam mazhab (budaya) politik yang paling dominan, iaitu mazhab bahawa anda tidak perlu berada apa-apa lagi tentang keadaan di sekeliling anda.” – Pramoedya Ananta Toer, sasterawan dan pejuang Soviet.

Kita semua tahu bahawa perlunya kita untuk hidup dalam organisasi. Kite peka dengan keadaan sekeliling.. Apakah yg sedang berlaku kepada sebahagian ahli-ahli Persatuan Perubatan kita. Dan kita sebagai penuntut jurusan perubatan mempunyai organisasi tersendiri sesuai dengan bidang kita iaitu Persatuan Perubatan. Melalui persatuan ini, kita ada saluran yg betul untuk berubah ke arah kebaikan sama ada dari sudut personaliti dan penampilan ahli mahupun sistem dalam persatuan perubatan sendiri untuk maju ke hadapan. Melalui persatuan ini juga, kita boleh melatih diri untuk membina "communication skill" yg diperlukan apabila kita sudah menjejakkan kaki di lapangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, bagi mencapai matlamat2 tersebut,kita memerlukan pendokong dan penggerak bagi menggerakkan persatuan ini dan semestinya pendokong dan penggerak tersebut mestilah terdiri daripada mereka yang diyakini boleh melakukan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Tetapi, siapakah pula yang akan untuk memilih pendokong dan penggerak bagi persatuan ini? Jawapan bagi persoalan ini adalah KITA. YA, KITA! Berpandukan kesefahaman dan ukhwah antara kita dan mereka, dan semestinya kita mengenali nilai-nilai kepimpinan yang wujud dalam diri mereka. Kita yang mengenali mereka maka wajarlah bagi kita untuk turun mengundi. Undilah sahabat kita; Nihal M Tarmizi.





Kenapa kita pelu mengundi Nihal?

Seperti yang sahabat-sahabat sedia maklum, usia mahasiswa dan mahasiswi perubatan di Universiti Al-Azhar baru sahaja mencecah tahun yg ketiga. di sini, menunjukkkan usia kita baru setahun jagung dalam Persatuan Perubatan dan disebabkan usia yg muda ini, tidak ramai ahli kita yang berkecimpung dan aktif dalam Persatuan Perubatan apatah lagi memegang tampuk Majlis Tertinggi. Di sini, ingin saya tegaskan, jangan sesekali anda berfikir cintakan jawatan atau dengan kata lain,"gila pangkat".tidak! bukan ini yang saya maksudkan. Marilah kita bersama-sama membuka minda dan luaskan pandangan dengan lebih jauh dan ke hadapan. Apabila kita kekurangan ahli dalam Majlis Tertinggi, banyak masalah dan kelemahan yang akan timbul. Antaranya:-

1. Apa sahaja pemberitahuan atau maklumat program dan aktiviti Persatuan Perubatan akan lambat sampai ke makluman para ahli di universiti kita.

2. Jadual tahunan aktiviti persatuan tidak seiring dengan waktu cuti universiti kita.

3. Cadangan atau kritikan kita susah untuk dimaklumkan kepada persataun sekiranya kita tiada wakil tertinggi yang boleh menyampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Maka dengan ini, jelaslah betapa pentingnya dan perlunya kita untuk memilih sahabat kita sebagai wakil dari universiti Al-Azhar untuk diserapkan sebagai AJKT Perubatan.




Oleh itu, Sokonglah dan undilah sahabat kita iaitu Nihal M Tarmizi.
layari fan club Nihal: www.fcnihal.blogspot.com
Undian anda sangat berharga bagi menjamin masa depan ahli-ahli perubatan terutama di universiti Al-Azhar. Undilah bagi membuktikan kepekaan kita terhadap keadaan di bumi Allah ini.. Marilah kita sama-sama tajdidkan niat, mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan yang bermatlamatkan kerana Allah dan agamanya semata-mata..Ameen..

siru'alabarakatiLLah..

wassalam..

0 comments: