Friday, April 23, 2010

EXAM MOTIVATION

Assalamualaikum..

Pada kali ini,memilih tajuk yg berpatutan bagi sesiapa yg berkenaan terutama buat diri ini dan sahabat2 iaitu “exam booster” ana yakin waktu2 begini adalah waktu kemuncak bg kita semua utk melepasi satu peringkat untuk naik ke peringkat yg lebih tinggi pada masa2 akan..insyaAllah..mungkin ada di antara kita yg akan mnghadapi exam final,mid sem,final sem atau tidak kira apa sahaja,yg pastinya musim2 ini mahu tidak mahu,kita perlukan motivasi yg cukup kukuh utk mengawal tekanan dlm diri..

Sekadar perkongsian bersama2,ana menulis sedikit catatan yg ana peroleh dari sc persatuan,moga kita sama2 memperoleh manfaat yg berguna bersama-sama.

Kita sebagai pelajar,tidak kira dalam apa jua bidang pun,kita semestinya mahukan yg terbaik dlm setiap peperiksaan yg kita ambil tetapi pernahkah kita merenung dan berfikir sedalam-dalamnya apakah yg kita mahukan sebenarnya di sebalik kejayaan kita?adakah hanya utk kepuasan diri,atau kebahagian hati,atau sekadar memenuhi kegembiraan mak ayah atau pun kerana Allah?

Kenapa kita perlu study?kenapa kita perlu untuk berjaya dlm hidup kita?untuk siapa dan kerana siapa kita mahukan kejayan tersebut?semua org semestinya mahukan kejayaan dlm hidup kita,tapi apa usaha kita?dan kenapa kita perlu berusaha?di sinilah bermulanya persoalannya..

Ada juga yg sudah mula berusaha,tetapi berhenti di tengah jalan apabila jumpa sesuatu tajuk yg susah..ataupun tension bila fikir tajuk itu tak baca lagi,subjek ini tak sentuh lagi dan akhirnya putus asa akibat tertekan dan mudah sahaja menyerah kalah.

Di sini, hakikatnya, baru kita dapat lihat sejauh mana sebenarnya tekad kita utk mencapai dan mengejar kejayaan dlm hidup kita.

“dan barangsiapa berjihad, maka jihadnya utk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam” [surah Al-Ankabut:ayat 6]

Di sini kita dapat lihat bahawa Allah telah memberitahu hambaNya melalui KalamNya, bahawa sekiranya kita membuat sesuatu kebaikan ataupun berusaha,maka kebaikan itu pasti akan kembali pd diri kita semula..dalam erti kata lain,bila kita berusaha utk berjaya,hasil usaha kita itu adalah utk diri kita,sama ada utk dapat pointer yg tinggi,dpt result yg bagus,mumtaz dan sebagainya.. semua usaha kita itu, kembali semula memberi manfaat kepada kita,tidak utk org lain.

Kita menerima kesan daripada Allah, tetapi Allah tidak mendapat apa2 kesan dari tindakan kita

Usaha kita,bukan juga utk memberi kepada Allah..Allah sedikit pun tidak terkesan dgn kita.kalau kita rajin dan akhirnya berjaya, untungnya kembali pada diri kita,dan sekiranya sebaliknya, rugi juga tetap kembali pd diri kita.Allah tidak terkesan sedikit pun dgn tindak tanduk kita. Jadi berusahalah demi keuntungan dlm diri kita..

Kalau nak sesuatu yg berharga,pengorbanan dan kesakitan itu perlu

Kalau kita baca kisah-kisah perjuangan nabi-nabi,Rasul-Rasul dan para sahabat-sahabat dahulu, kita faham dan maklum, mereka menyampaikan da’wah dan mempunyai impian yg besar utk membawa manusia kembali pd Allah.tetapi apa yg mereka peroleh?mereka dihamparkan dgn onak dan duri dlm perjuangan mereka. Sakitnya mereka, lukanya mereka, dan terseksanya mereka,sangat pedih apa yg telah mereka lalui. Mereka bukan buat atau sampaikan benda tidak elok,malahan mereka menyampaikan risalah Ilahi, melaksanakan perintah Allah. Kalau ikut logik akal, Allah sudah pasti mampu utk memudahkan kerja mereka lebih2 lagi mereka menolong agamaNya. Allah boleh sahaja untuk buat,semua manusia di dunia ini menyahut seruan mereka,patuh dan tunduk kpd Allah.segalanya mampu bagi Allah.

tapi,kenapa Allah buat semua ini?

Kerana Allah sedang mengajar kita,apa sahaja yg kita mahukan,kita perlu utk BERUSAHA. Itulah fitrah kehidupan. Jika kita mahu berjaya, kita perlu ada USAHA.

Dan semestinya kejayaan yg kita impikan itu sangat berharga, maka sudah pasti ada kesulitan, kepayahan, pengorbanan dan kesakitan mengiringi segala usaha kita.jadi bersabarlah..

Adab: Berusaha bersungguh-sungguh

Jika kita mahukan kejayaan,kita perlu berusaha.

Tapi, jika kita sudah berusaha, maka berusahalah bersungguh-sungguh.

Itulah adab kita.berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya kita.

Sebagai contoh, saat kita membaca kalamullah,kita ada adab kita dgn Al-Quran,bukan? kita tidak meletakkannya di atas lantai dan kita meletaknya di tempat yg tinggi sebagai ihtiram (penghormatan) kita pd kitab Allah ini.kita sudah pasti akan menjaga kitab yg turun dr langit ini sebaik mungkin. Kita tidak sanggup melihat Al-Quran ini dipijak,diduduk apatah lagi melakukannya.itulah adab kita dgn Al-Quran.

Samalah juga saat kita menuntut ilmu.ilmu itu adalah ilmu Allah,barakahnya ada pada setiap ilmu Allah.jadilah peliharalah adab kita dgn ilmu Allah ini.

Ini kerana, kita terlalu mementingkan natijah, tetapi kita kurang mementingkan kadar dan usaha kita utk dapatkan natijah tersebut.

Yakinlah,dan seiringkanlah keyakinan itu dgn usaha.insyaAllah,kejayaan menanti.

Benda baik, jangan tangguh.

Peringatan bersama yg penting, bila kita dah niat nak buat sesuatu yg baik, jangan bertangguh, sebab nanti kemahuan kita akan hilang. Bukankah kehendak dan kemahuan manusia itu berubah-ubah?

Contohnya, ada satu hari ini, pagi itu kita dah niat, nak baca Al-Quran sepuluh muka surat,tetapi kita tangguhkan kejap lagi or kemudian,akhirnya, satu muka pun kita tak baca.samalah dgn kisah,klu kita dah niat nak bangun tahajjud,kemudian, bila dah terjaga awal pagi tu, kita cakap, xpela lagi lima minit.last2, tersambung tidur..

Jadi,marilah kita sama-sama kawal diri kita.

‘iqab=hukum diri & anugerah diri

Kita sebagai insan yg bersifat pelupa,perlu fleksibel.adakalanya, pada sesuatu keadaan, kita boleh belajar utk memaafkan diri kita.pada waktu lain pula, kita perlu utk menghukum diri kita.

Masa kecil-kecil dahulu,saat kita tidak lagi matang dlm pemikiran kita,kita diasuh dan diajar oleh ibu bapa kita. Benda ini elok, benda ini tidak elok. Bila kita buat salah, ibu bapa kita hukum kita. Asuhan ibu bapa kita itu, menjadikan diri kita lagi baik dari yg sebelumnya. Kita jadi lebih berdisiplin, berhati-hati dan berwaspada kerana kita tahu benda itu perkara yg salah.tu masa cerita kita budak-budak.

Sekarang, kita dah besar, kita dah matang dlm pemikiran kita. Kenapa kita tidak pernah repeat balik utk menghukum diri kita? Lupakah kita, satu ketika dahulu, hukuman yg telah menjadikan diri kita lebih berdisiplin?

Sebagai contoh, selalunya, setiap hari kita study dlm 10 jam.tetiba satu hari ini, kita tak study langsung n then kita cakap; xpe,esok masih ada.then,esok pun berulang benda yg sama dan lama kelamaan, baru kita sedar yg kita tidak lagi macam satu ketika dahulu. Jadi, bagi mengelak keadaan seperti ini berlaku, tak salah kita belajar utk menghukum diri kita.tidak perlu utk menghukum sehingga memudaratkn diri kita. Mungkin sekiranya kita tertinggal satu amalan yg kita biasa lakukan seperti puasa sunat dan tahajjud, kita hukum dgn berselawat ke atas nabi sebanyak 100 kali.

Apalah sangat hukuman yg kita kenakan ke atas diri kita berbanding hukuman Allah di akhirat nanti.

Lagipun, kita kata kita nak jadi pejuang, seorang pejuang itu pastinya akan disakiti,jadi sebelum orang lain sakitkan kita, kita pelu utk sakitkan diri kita dahulu.

Samalah dgn sebaliknya, sekiranya kita berjaya dlm sesuatu perkara, anugerahkanlah diri kita dgn sesuatu yg kita suka. Sebagai contoh, bila kita berjaya dlm peperiksaan, kita hadiahkanlah diri kita dgn melakukan sesuatu yg kita suka;asalkan tidak melanggar perintah Allah.

Nilai diri

Kadang-kadang kita bongkak. Kita rasa kita ni dah cukup bagus, kita bandingkan diri kita dgn org lain. Kita hitung segala kebaikan kita..padahal hakikatnya pada pandangan Allah, apa yg kita buat tu, tidak banyak mana. Belum lagi dikira, adakah amalan yg kita lakukan itu,ada keikhlasannya?

Nilailah diri kita..bak kata Hilal Asyraf “saat kita merasakan diri kita sudah ‘bagus’ maka di situlah titik kejatuhan kita” kita sbg manusia,ada saat kita leka dan lupa.maka, kembalilah kembali memohon keampunan pd Allah..moga Allah mengampunkan kita semua.

Sesungguhnya,manusia takkan lupa diri,bila dia ingat 3 perkara:

1. Dari apa dia diciptakan?

2. Kenapa dia diciptakan?

3. Ke mana dia akan pergi selepas ini?

1. kita diciptakan dari tujuh jenis tanah,yg kotor, hitam, busuk dan sebagainya. 2. Kita diciptakan bukan utk sia-sia, melainkan hanya utk beribadah kpd Allah. 3. Kita akan pergi menemui Allah kembali, utk menerima segala balasan atas segala perkara yg telah kita lakukan semasa di dunia.

Kalau setiap manusia sedar dan tahu hikmah yg tersirat di sebalik 3 perkara ini, ke mana sahaja dia tercampak, sama ada berkumpulan atau keseorangan, di sisinya ada teman seaqidah mahupun seorang diri tercampak dlm keadaan sekelilingnya kafir,dia tetap boleh hidup dgn berperasaan sbg hamba yg masih bertuan kpd Tuhannya.

Kenal tuhan dan ingat mati

Manusia itu sendiri tidak akan kenal Tuhan selagi dia tidak kenal dirinya.maka,selalulah kita berdoa dgn doa ini:

اللهم عرفني نفسي

Maksudnya: ya Allah, jadikan aku mengenal diriku sendiri..[ameen]

Bila kita kenal diri,kita akan tahu nilai diri.dan kemudian, kita akan kenal siapa Tuhan kita iaitu Allah yg Maha Agung dan Maha Kuasa.

Ada kata2 yg mengucapkan;

“Berkerjalah seolah-olah kamu akan hidup utk selama-lamanya dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati esok hari.”

Menurut kefahaman kita sebagai manusia biasa, berusahalah kita sehabis mungkin dan beribadahlah seolah-olah itu adalah ibadah kita yg terakhir.

Tetapi di sini; berbeza dgn kefahaman ahli sufi, lewatkan kemahuan dunia,awalkan ibadah seharian kita. Ataupun,analoginya, berkerja utk hidup selama-lammanya itu adalah assignment kita yg kita perlu hantar lusa dan beribadah seolah-olah akan mati pd esok hari itu seolah-olah assignment yg kita kena hantar esok, jadi apakah pilihan kita?mana yg kita akan utamakan? Sudah pastinya assignment yg kita perlu hantar esok bukan? jadi, maksud tersirat di sini menurut kefahaman mereka yakni ahli sufi; delaykan kehendak dunia dan utamakan ibadah kita dlm apa sahaja perkara yg kita lalui seharian.

Kesimpulannya, walau apa pun kerja dan pelajaran yg kita buat/ study sama ada kerja/pelajaran itu berkaitan dgn bidang kita,itu tetap yg kedua..ibadah kita yg utama dan pertama..jadi,marilah sama2 kita perbaiki diri dgn menjaga waktu solat kita terutamanya, jgn sampai terlalu fokus study, sehingga tanggungjawab dan amanah kita yg utama kita pd Allah kita tinggalkan..na’uzubillah..

Sampai di sini sahaja perkongsian yg tidak seberapa ini..moga kita sama2 memperoleh manfaat bersama..

Yg baik jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan..

Siru’ala barakatillah =)

wassalam

1 comments:

Anonymous said...

Salam, moga Allah membarkati tulisan ini & meredhai insan/hamba Allah yang menulisnya. Sematkan dlm jiwa ssghnya idea itu hanya dari Allah smata2 & kita gunakan utk agar hidup kita bguna utk alam ini. Amanat wld agar kl sematkan KEIKHLASAN agar apa yg kita buat tidak sia2. Ptingkatkan hub dgn Allah, hafalan Quran & Hadis serta penuhi jiwa dgn kisah2 sohih dari Q & H & buktikan kl mrupakan Hamba Allah yg bkualiti di sisi Allah & pghidupan kita bguna kpd org lain. Congrate dgn penulisan yg bguna & bmakna ini moga dianugerahi Allah ganjaran yg stimpal di akhirat. Bak kata org2 berilmu, penulisan yg bfaedah ini, kalau kita tidurpun pasti dapat pahala bagi insan yg mnulisnya. Teruskan agar anakanda mjadi pjuang & mujahidah yg sntiasa bsedia dlm setiap bidang yg pastinya akan diuji oleh Allah. Sir'ru a'la barkatiLah. Amen. Syahid idaman kita semua.