Tuesday, January 27, 2009

ISRAEL TAKUT???

assalamualaikum...

saban hari kita dipaparkan di media massa kematian saudara-saudara kita di daerah Gaza...sisa tanah Palestin yg semakin mengecil untuk petempatan umat Islam angkara Israel laknatullah...Palestine dan Al Quds bukan lagi isu HAMAS ataupun rakyat Paletin semata-mata tetapi menjadi isu untuk semua ummat Islam di dunia..Hari-hari kita menyaksikan saudara kita rebah satu persatu, syahid atas tanah air sendiri. Darah yang menitis di atas muka bumi menyaksikan betapa murahnya harga sebuah nyawa dan kematian insan yang tidak berdosa ini seolah-olah merupakan perkara biasa. Tegarkah kita melihat dan memerhati daripada jauh sahaja saudara kita yang saban malam memikirkan nyawa mereka dan anak-anak mereka? Sebelum tidur, pasti di benak mereka mempersoalkan, Ya Allah, adakah masih ada masa untuk kami menatap dunia pada hari esok ataupun mata ini akan tertutup buat selama-lamanya?

sungguh,ana sendiri rasa terhina krn tidak mampu utk mberi apa2 sumbangan trhadap mereka...dah..ahh...cemburunya ana tatkala melihat diri mereka yg berpeluang utk syahid...padahal ana?Ya Allah...betapa rendahnya darjat imanku jika mahu dibandingkan dgn pejuang2 Islam di sana...

beberapa hari yg lepas, ana telah mendengar satu ceramah yg pada awalnya sukar utk ana percaya jika dinilai melalui akal, lebih2 lagi,hasutan media yg kebanyakan melimdungi hakikat kebenaran...tetapi apabila difikirkan semula...ya...bantuan Allah itu ada...ada utk hamba y dikasihi-Nya...kpd hmba yg menolong agama-Nya

Antara butir dr Wakil Hamas y sendiri mngisytiharkan.."bahawa kami tidak memerlukan tentera pengaman dr PBB...krn kami yg memulakan perjuangan ini...biarlah ank2 kami yg yg akan mengakhirknny"...dan tahukah kte apakah dia ayat2 yg mnjadi pendorong bg tentera HAMAS ini???"perjuangan kami utk memprtahankan Palestin tidak akn berakhir pd hr ini sbg mn ia tidak bermula pd hr ini,sekiranya kami syahid...ank2 kami yg akn meneruskan rantai2 perjuangan ini"

Ya Allah..jika kte nk bndingkn dgn ank2 kte yg hnya tahu bermain n brseronok dgn ank2 kcl Palestina itu yg bisa memahami erti jihad...ahh malunya kita kpd mereka itu!!!

hr ini sudah 980 roket yg telah dlancarkn dan masih trdapat lebih 5ribu roket HAMAS yg belum lg dlncrkan...dan telah brbaris 25 000 pejuang HAMAS yg brsedia utk brtempur di medan jihad...

tambahan sunber jg memberitahu ttg hakikat yg sebanarnya yg semestinya kte tidak akn mndgr melalui media krn rhsia yg trsirat yahudi sbnrnya mnguasai media dunia...Di manakah kekuatan Islam hr nie???

*sepanjang tempoh peperangan sblm gncatan snjata,76 askat israel telah telah mati dan lebih kurang 46/49 drp mereka dibunuh oleh tentera HAMAS scr berdepan...ALLAHUAKBAR!

*43 tentera HAMAS telah SYAHID...

dan ada satu ketika tentera HAMAS brjaya menangkap askr israel dn meletakkan mereka dlm sebuah rmh...dan tanpa diduga rejim israel telah membunuh rakan2 mereka sndiri dgn melancarkan serangan di kaw trsebut...inilah yg dinamakn bntuan Allah...TAKBIR!!!

akhir skali...marilah kita sama-sama memboikot brgn keluaran israel ini...trmasuk yg mberi sumbangan kpd snjata...selain drp huluran derma dr kita,mudah2an boikot ini turut sama akn membntu saudara2 kita di sana...AMEEN..

#SEKIRANYA TRDAPAT KESUKARAN DLM MEMBOIKOT INI,CUBA LAH KTE BYGKAN,SBG CTH...TIAP KALI KTE MENEGUK AIR MILO...BRMAKNA KITA TELAH MENEGUK DARAH2 PEJUANG ISLAM YG GUGUR DI BUMI PALESTIN...NAUZUBILLAH...

MARILAH KITA SEDEKAHKN AL-FATIHAH KPD MEREKA YG GUGUR DI SANA...AL-FATIHAH...
SEKIAN,WASSALAM

Saturday, January 17, 2009

TABAHLAH...ALLAH BERSAMAMU

Ketahuilah oleh mu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..

Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.

Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.

Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..

Allah SWT sudah punya jawabannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.

Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelpon.

Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak..


Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.

Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.

Allah SWT telah memberkahimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.

Allah SWT telah tersenyum padamu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Friday, January 16, 2009

MANA SATU PILIHAN HATI

dipetik dr ukhwah.com oleh tmn2syurga

ombaklaut menulis: "Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, January 6, 2009

KAREKTER DIRI DALAM KELUARGA

KAREKTER DIRI DALAM KELUARGA

Ini satu lagi topik yg saya utarakan utk semua. Ada tak tempias-tempias ciri-ciri kat anda??? Dikatakan kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka. Nak tau lebih lanjut? teruskan pembacaan..
hehe

Anak Sulung

anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Karekter :
ü anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
ü sering berjaya dalam hidup.
ü lebih pandai mengambil hati orang tua.
ü nilai tanggung jawab yang tinggi.


Anak Tengah

biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. mere ka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. seringkali mereka juga terasa terpinggir. dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Karekter :
ü lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
ü lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
ü suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
ü sering merasakan diri mereka terpinggir.
ü terlalu mengalah


Anak Bongsu

mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakan sikap anak bongsu. mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengiku t kehendak mereka sahaja. mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. mungkin ibu bapa sentiasa berasakananak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Karekter :
ü happy go-lucky dan yakin diri.
ü manja.
ü berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
ü sukar membuat keputusan sendiri.


Anak Tunggal

dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kuku h dan erat. mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Karekter :
ü sering merasakan diri mereka kesunyian.
ü lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
ü lebih bijak bergaul.
ü lebih cepat matang.
ü terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
ü sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.