Thursday, December 25, 2008

RINDU...

Assalamualaikum...
hr ni ana rs rindu sgt kat kelas 5 Marikh...satu persatu kenangan terlayar di hadapan mata seolah-olah kisah itu baru berlaku semalam....kenape ye...
skrg ni hnya mesej yg mengeratkn kami...bnrlah kata org...apabila bersama ramai yg kurang mnghargai kehadiran teman seperjuangan...ble blaku perpisahan dan berjauhan br dpt mersai kehangatan berukhwah antra kita...

trkadang pasti terlintas d fikiran,ble lg kita dpt brkumpul brsama, bgrurau senda..ah..masa trlalu mncemburui kita...rndu sgt trutama zue,miera,tehah,eika,jane,far-ien,anis,tini,zuryn n salwa...y lain tu...rndu r gak..hehe..fhm2la...

mm...ana doa satu hr nnti kte dpt kumpul blk...doakn kjayaan kt bsm...klu rndu...tgk r cd n sapu tgn 2 ek...okla...gudluck in ur life,my frens...n jgn lupe...lksanakn tnggungjwb kte sbg muslim utk amar makruf nahi mungkar wpun dmane saje kte berada...membangun bsm Islam...moga kte berada ats jln y diredhaiNya...

wassalam

Wednesday, December 24, 2008

WANITA SOLEHAH IDAMAN MUJAHID

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)





Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.


“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

HAKIKAT KEMATIAN

Petang kelmarin ibu saya telah mendapat satu panggilan dari kampung yang mengkhabarkan berita kematian salah seorang saudara kami. Oleh sebab beberapa kekangan, ibu saya hanya boleh pulang untuk ziarah keesokan pagi. Saya berniat untuk ikut kerana inilah satu-satunya peluang untuk saya saksikan sendiri 'persembahan' berakhirnya sebuah kehidupan seorang manusia. Pengalaman saya sendiri menziarah orang meninggal hanya baru dua kali seumur hidup maka saya rasakan agak rugi jika melepaskan peluang untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Pada mulanya, ibu saya tidak membenarkan lantaran hari berikutnya kami akan mengadakan majlis bacaan maulud di rumah. Namun, kerana melihatkan saya yang sudah bersiap akhirnya dia membenarkan. Walaupun pada mulanya asyik dimarah, namun saya redha menerimanya kerana saya tahu Allah lebih mengetahui niat di hati. Itu sudah memadai. Dalam perjalanan, ayah saya memandu boleh tahan juga lajunya namun saya bersyukur kami tiba di kampung dengan selamatnya.

Setibanya di perkarangan rumah saudara ibu, saya melihat ramai orang berkerumun untuk memberi penghormatan terakhir. Saya hanya mampu memerhati dan melihat riak-riak muka yang sugul di wajah mereka. Jenazah yang dilihat terkaku di atas pembaringan. Saya memerhati suasana keseluruhannya. Sekujur tubuh yang ditutupi dengan kain batik dan kain tudung di wajah. Pertama sekali saya melihat jenazah ialah ketika berusia 12 tahun iaitu jenazah arwah nenek. Kali kedua, ketika berusia 17 tahun. Kemudian, saya melihat bagaimana jenazah ini dimandikan seterusnya dikafankan dengan kain putih yang diletak wangian serta kapur barus. Baunya saja sudah 'menggegarkan' jantung saya. Setelah itu, jenazah disolat dan seusainya dimasukkan ke dalam kereta mayat untuk dihantar ke tanah pengkuburan. Saya tidak berkesempatan melihatan upacara pengkembumian namun masih segar di ingatan upacara pengkebumian jenazah arwah nenek yang tanahnya digali sedalam 7 kaki kemudian wajah jenazah dipastikan mengiring ke arah kiblat dan akhirnya ditutup dengan papan dan tanah dikambus semula serta diletakkan kayu penanda. Sejurus itu talkin mula dibacakan.

Namun, inilah kali pertama saya menyaksikan sendiri proses penamatan kehidupan seorang insan secara 'live' yang mengakhiri kehidupannya di atas muka bumi Allah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya acapkali berbicara soal kematian namun kali ini Allah telah memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri hakikat sebuah kehidupan di dunia ini. Sebelum jenazah dibawa ke tanah pengkuburan, salah seorang ahli keluarga si mati memberi ucapan. Sebahagaian dari ucapan beliau,

Kepada kakak-kakak, adik-adik, tuan puan, hari ini kita telah kehilangan seorang ahli keluarga, rakan, sahabat kita Tn.Hj Hanis, yang telah kembali menghadap Allah. Hari ini merupakan hari kesedihan bagi keluarga beliau. Namun, ingatlah setiap yang hidup itu pasti akan menemui kematian.Bagi mereka yang pernah berhutang atau dihutang, janganlah segan silu untuk berjumpa dengan waris allahyarham bagi menuntut apa-apa perkara. Segala salah silap ketika allahyarham masih hidup moga dapat dimaafkan supaya perjalanan allahyarham untuk menghadap Allah mudah dan ceria. Dengan ini sebelum menghantar allahyarham ke pengkuburan, marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk mengiringi pemergian Allahyarham.



Suasana yang sepi dengan angin yang sepoi-sepoi bertiup membawa saya menginsafi diri sendiri. Persoalan yang timbul, bagaimana agaknya malam pertama kita di alam kubur? Apakah kita akan dibalun atau dilayan dengan penuh istimewa sekali? Apakah kehidupan kita di atas dunia memberi manfaat tika kita mati? Apakah selama kita hidup, perintah Allah sudah dijalankan atau laranganNya yang kita kerjakan?






Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “ Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ( QS: 62:8)


Kebanyakan orang menghindari dari berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang[dengan kematian]; mereka berfikir tentang: dimana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, manusia menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tiada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Mulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujuk kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tiada seorang pun yang datang mengunjungi. Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yan berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah:baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda, akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Bekas-bekas anda di pejabat akan dibuang atau diarkibkan. Selamat tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan pemergian anda namun waktu akan mempengaruhi ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tiada seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tiada gunanya lagi bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia ini, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setalah anda dimakamkan, maka bakteria dan serangga berkembang biak pada mayat; oleh kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung disebabkan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung, dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjujikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tererai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka. Tidak ada kesempatan untuk kembali keapda kehidupan sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.







Jiwa anda akan meninggalkan tubuh dengan segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda- akan menjadi bahagian dari tanah. Ya, tetapi alasan semua hal ini terjadi? Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja membusuk seperti kejadian di atas tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dasyat yang menunggu manusia; seharusnya menyandarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang ‘dibungkus’ dalam tubuh. Harus disedari bahawa ia memlilki suatu kewujudan lain di luar tubuhnya. Harus difahami, kematian tubuhnya – yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia hidup selamaya di dunia yang sementara ini, tubuh yang dianggap sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka.

Manusia sering terleka namun hanya pabila kematian tiba-tiba keluaraga terdekat atau rakan taulah yang mengingatkannya akan kematian. Mungkin ada yang berfikiran, belum saatnya mati itu dan selalu kita berfikir masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkn saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyurata juga berfikiran sedemikian. Ada kemungkinan di saat anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan mempermainkan kemungkinan itu untuk terjadi. Mungkin juga kita sering merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alas an untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematuan atau pembunuhan, dan jika(kamu terhindar dari kematian)kamu tidak juga akan mengecap kesenganan kecuali sebentar saja” (QS.33:16)


Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah berwaspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup hanya untuk memenuhi hawa nafsunya. Tidaklah seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Kenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang ketika mati hanyalah amalannya saja. Inilah pesanan buat diri penulis juga para pembaca, moga kita bersama-sama berusaha sentiasa memperbaiki amal dan bersiap-siap menghadapi sebuah kematian yang merupakan hakikatnya bukanlah merupakan pengakhiran hidup tetapi saat permulaan sebuah kehidupan yang kekal abadi.

Wallahu'alam.


Sumber rujukan: Majalah Aridzuan Bil.251 Jabatan Agama Islam Perak

AKU DAN KAU BERBEZA

LELAKI

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Thursday, December 4, 2008

pesananku kpd sahabatku..

SALAM...

Baru hbs spm...semalam br blk kem..byk gak input y diperoleh selain dpt muhasabah diri...erm, xtaulah nape dgn perasaan ni...tp ana mesti kuat...demi agama ISLAM,ya Allah,berilah hambaMu ini kekuatan agar aku bisa meredah jalan Mu y dihamparkan onak duri dlm menegakkan kalimahMU...

erm,dlm kem ms tu ana n kwn2 disedarkan betapa pntingnya ukhwah dalam kalangan kami..betapa kami perlu hidup dlm satu kump...kalau ukhwah kami xrpt,cmne kami nk sama2 bgnkan ISLAM...sahabatku sekalian,mulai sekarang,marilah kita sesama brsatu..ya!bersatu...

seandainya ana atau kwn2 lain ada masalah,biarlah kita sama2 berkongsi rasa,berkongsi cerita agr tiada lagi assabiah dlm kalangan kita sndiri...muslimin n muslimat...


biar kita sesama menyelesaikan masalah...insyaAllah,kemanisan berukhwah itu akn kita rasa bersama satu hari nanti...itulah yg ana sgt2 harapkan

andai kata ada antara kalian ada y menjenguk blog ana,sudi2 la sahabat2 memberi pandangan kalian n kepada kalian...selamat berjuang diucapkan...moga perjuangan kita ini akn membawa kita bersama-sama menuju MARDHATILLAH...amin...

namun,ana teringin sekali mengingatkan kalian,jalan y kita lalui ini bkn semudah yg disangka,mungkin dari kalangan kita akn ada yg terduduk lemah,betapa kuatnya mehnah Ilahi,tp igtla kalian,jgn skali brputus asa,relakanla diri kita utk ditarbiah Ilahi..mulakanla langkah gerak kerja kita....

ingatla spt dlm firmannya..
sesiapa yg menolong Allah(dlm menegakkan agamaNya)Allah pasti akn menolong mereka...
yakinla...segala y berlaku ada hikmahnya...

jgn berjuang kerana semangat tp brjuanglah kerana IMAN N ISLAM dlm htmu....

wassalam

TINTA BICARA

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,hari ni baru la ada kesempatan menulis...kalau diperhatikan sebelum ni byk sgt copy n paste dlm ni... InsyaAllah,ana akn ambil kesempatan ni utk menulis...lagipun ni atas cadangan sesorng yg menyedarkan ana utk menggunakan kesempatan ini utk meluahkan luahan rasa...maklumlah kan baru hbs spm...doakn ana agr dpt menjadi seseorg yg dapat berbakti pd agama ISLAM wpun hanya dlm bidang ini...insyaALLAH...

Monday, August 18, 2008

love

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now.Ihaven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning. Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so. Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu

Wednesday, June 4, 2008

menCARI @ menJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Renungan Untuk Sahabat

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya. ...

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna...

IMAM MAHDI

Soalan: Apakah erti Imam Mahadi?

Jawapan: Banyak hadis-hadis Rasulullah SAW menyebutkan bahawa diantara tanda-tanda dunia hampir kiamat akan turunnya Imam Mahdi yang berperanan sebagai penerus dan penegak kebenaran agama Islam. Ia datang bukan membawa ajaran baru tetapi meneruskan perjuangan Islam. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Dalam hadis yang lain disebutkan:" Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah SAW yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah". (Riwayat Abu Daud dan Hakim) Jelaslah bahawa Imam Mahdi seorang lelaki yang turun ketika dunia hampir kiamat. Setelah itu baru turun Nabi Isa as. Imam Mahdi dan Nabi Isa turun bukan membawa ajaran baru tetapi meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.
Rujukan: http://www.darulnum an.com/soal/ urut6.html# 54
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ _________ __
Tidak Mempercayai Imam Mahdi dan DajjalSoalan: Apakah hukumnya jika seseorang itu sukar untuk mempercayai atau mempercayai wujudnya Dajjal dan Imam Mahdi kelak ?

Jawapan: Ramai dikalangan ulamak muktabar mempercayai lebih kurang 50 buah hadis tentang kedatangan Imam Mahdi. Diantaranya Syekh Sya'rawi mengatakan "Imam Mahdi yang dijanjikan Rasulullah SAW akan datang di akhir zaman itu benar akan terjadi. Dia akan dibai'at orang secara serentak dan bukan dia yang meminta orang supaya membai'at dirinya. Tentu kita akan bertanya pula mengapa orang yang hidup pada zaman itu, yang jauh dari ajaran Islam, secara tiba-tiba dan secara serentak membai'atnya? . Ini tentunya dari sikap yang terpuji yang ditunjukkannya. Ilmunya mendalam, kelakuannya baik dan berjuang menegakkan agama Islam dengan ikhlas, maka orangpun tertarik dengan perjuangannya" .

Menurut Abul A'la al Maududi, bahawa seluruh jumhur ulama telah sependapat bahawa Imam Mahdi itu benar akan datang. Namun demikian ulama tidak sependapat menentukan orangnya. Maksudnya kata sebahagian ulama siapa yang betul-betul bersifat seperti yang dijanjikan Rasulullah itu, maka itulah Imam Mahdi".

Dari Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Belum lagi terjadi kiamat sebelum muncul Imam Mahdi dari anak cucuku juga. Dan Mahdi itu pun belum datang sebelum munculnya enam puluh orang pembohong, yang masing-masing mereka mengakui dirinya sebagai nabi".

Jika anda sukar untuk mempercayai sesuatu yang telah di khabarkan dan telah diterangkan oleh Rasulullah SAW, maka berusahalah untuk membersihkan jiwa dengan memegang teguh ajaran yang dibawa oleh baginda. Jangan mudah dibawa oleh arus pemikiran yang memutarbalikkan minda umat Islam. Maka hukumnya berdosa jika tidak mempercayai sesuatu yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW

Thursday, February 7, 2008

Tunjukkan Tuhan Wujud

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

5 SYARAT NK WAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"





Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Wassalam

Di mana2 maksiat

7 AYAT CINTA

sabda Rasulullah SAW:
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

CARA MENDIDIK ANAK

"Perkongsian dari hamba Allah."



Maaf mengganggu.. . saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah kolokium wanita di tempat saya baru2 ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas.



Ceritanya begini. Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk.



Abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam.Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. Dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. subhanallah. ..adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk...ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.

Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.



Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk meng ambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).



Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah s epanjang mereka solat.



Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2. .. hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan. subhanallah. .. bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sblm mati.



Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... pasang an suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa...

Subhanallah. ..alhamdulillah. ..moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua.

Perbualan antra Manusia N Malaikat..

Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam,
tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ni...awal lagi...zzzzzzzz"
Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah
dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah
lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"
Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!"
Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia,
nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh?
Suruh si X, punchkanlah"
Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah
menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul
berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"
Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok
ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi
ooo kalau tak tengok nie."
Manusia: "Saudaraku sedang melakukan
dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah
ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh"
Manusia: "Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah
besar, buat apa susah2..pandai2lah?
Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam,
bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha
ha)"
Manusia: "Kalau pergi disko, mesti
seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu
ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada
sesiapa yang tahu...Jomlahhh"
Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak
solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan di akhirat (jangan
mimpilah) untukmu..."
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
Manusia: "Patutke aku biarkan e-mail
ini dalam mailbox aku?"
Malaikat: "Ingatkan kawan yang anda
kenal. Forward e-mail ini"
Syaitan: "Tak payahlah sebuk2, kubur
lain2 beb