Assalamualaikum...
hr ni ana rs rindu sgt kat kelas 5 Marikh...satu persatu kenangan terlayar di hadapan mata seolah-olah kisah itu baru berlaku semalam....kenape ye...
skrg ni hnya mesej yg mengeratkn kami...bnrlah kata org...apabila bersama ramai yg kurang mnghargai kehadiran teman seperjuangan...ble blaku perpisahan dan berjauhan br dpt mersai kehangatan berukhwah antra kita...
trkadang pasti terlintas d fikiran,ble lg kita dpt brkumpul brsama, bgrurau senda..ah..masa trlalu mncemburui kita...rndu sgt trutama zue,miera,tehah,eika,jane,far-ien,anis,tini,zuryn n salwa...y lain tu...rndu r gak..hehe..fhm2la...
mm...ana doa satu hr nnti kte dpt kumpul blk...doakn kjayaan kt bsm...klu rndu...tgk r cd n sapu tgn 2 ek...okla...gudluck in ur life,my frens...n jgn lupe...lksanakn tnggungjwb kte sbg muslim utk amar makruf nahi mungkar wpun dmane saje kte berada...membangun bsm Islam...moga kte berada ats jln y diredhaiNya...
wassalam
Thursday, December 25, 2008
RINDU...
Posted by pu3_raudhah at 12:23 PM 0 comments
Wednesday, December 24, 2008
WANITA SOLEHAH IDAMAN MUJAHID
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan
kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.
Posted by pu3_raudhah at 3:02 PM 0 comments
HAKIKAT KEMATIAN
Petang kelmarin ibu saya telah mendapat satu panggilan dari kampung yang mengkhabarkan berita kematian salah seorang saudara kami. Oleh sebab beberapa kekangan, ibu saya hanya boleh pulang untuk ziarah keesokan pagi. Saya berniat untuk ikut kerana inilah satu-satunya peluang untuk saya saksikan sendiri 'persembahan' berakhirnya sebuah kehidupan seorang manusia. Pengalaman saya sendiri menziarah orang meninggal hanya baru dua kali seumur hidup maka saya rasakan agak rugi jika melepaskan peluang untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Pada mulanya, ibu saya tidak membenarkan lantaran hari berikutnya kami akan mengadakan majlis bacaan maulud di rumah. Namun, kerana melihatkan saya yang sudah bersiap akhirnya dia membenarkan. Walaupun pada mulanya asyik dimarah, namun saya redha menerimanya kerana saya tahu Allah lebih mengetahui niat di hati. Itu sudah memadai. Dalam perjalanan, ayah saya memandu boleh tahan juga lajunya namun saya bersyukur kami tiba di kampung dengan selamatnya.
Setibanya di perkarangan rumah saudara ibu, saya melihat ramai orang berkerumun untuk memberi penghormatan terakhir. Saya hanya mampu memerhati dan melihat riak-riak muka yang sugul di wajah mereka. Jenazah yang dilihat terkaku di atas pembaringan. Saya memerhati suasana keseluruhannya. Sekujur tubuh yang ditutupi dengan kain batik dan kain tudung di wajah. Pertama sekali saya melihat jenazah ialah ketika berusia 12 tahun iaitu jenazah arwah nenek. Kali kedua, ketika berusia 17 tahun. Kemudian, saya melihat bagaimana jenazah ini dimandikan seterusnya dikafankan dengan kain putih yang diletak wangian serta kapur barus. Baunya saja sudah 'menggegarkan' jantung saya. Setelah itu, jenazah disolat dan seusainya dimasukkan ke dalam kereta mayat untuk dihantar ke tanah pengkuburan. Saya tidak berkesempatan melihatan upacara pengkembumian namun masih segar di ingatan upacara pengkebumian jenazah arwah nenek yang tanahnya digali sedalam 7 kaki kemudian wajah jenazah dipastikan mengiring ke arah kiblat dan akhirnya ditutup dengan papan dan tanah dikambus semula serta diletakkan kayu penanda. Sejurus itu talkin mula dibacakan.
Namun, inilah kali pertama saya menyaksikan sendiri proses penamatan kehidupan seorang insan secara 'live' yang mengakhiri kehidupannya di atas muka bumi Allah ini. Mungkin sebelum ini saya hanya acapkali berbicara soal kematian namun kali ini Allah telah memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri hakikat sebuah kehidupan di dunia ini. Sebelum jenazah dibawa ke tanah pengkuburan, salah seorang ahli keluarga si mati memberi ucapan. Sebahagaian dari ucapan beliau,
Kepada kakak-kakak, adik-adik, tuan puan, hari ini kita telah kehilangan seorang ahli keluarga, rakan, sahabat kita Tn.Hj Hanis, yang telah kembali menghadap Allah. Hari ini merupakan hari kesedihan bagi keluarga beliau. Namun, ingatlah setiap yang hidup itu pasti akan menemui kematian.Bagi mereka yang pernah berhutang atau dihutang, janganlah segan silu untuk berjumpa dengan waris allahyarham bagi menuntut apa-apa perkara. Segala salah silap ketika allahyarham masih hidup moga dapat dimaafkan supaya perjalanan allahyarham untuk menghadap Allah mudah dan ceria. Dengan ini sebelum menghantar allahyarham ke pengkuburan, marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk mengiringi pemergian Allahyarham.
Suasana yang sepi dengan angin yang sepoi-sepoi bertiup membawa saya menginsafi diri sendiri. Persoalan yang timbul, bagaimana agaknya malam pertama kita di alam kubur? Apakah kita akan dibalun atau dilayan dengan penuh istimewa sekali? Apakah kehidupan kita di atas dunia memberi manfaat tika kita mati? Apakah selama kita hidup, perintah Allah sudah dijalankan atau laranganNya yang kita kerjakan?
Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:
Katakanlah: “ Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ( QS: 62:8)
Kebanyakan orang menghindari dari berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang[dengan kematian]; mereka berfikir tentang: dimana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, manusia menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!
Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tiada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.
Mulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujuk kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.
Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tiada seorang pun yang datang mengunjungi. Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yan berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah:baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda, akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Bekas-bekas anda di pejabat akan dibuang atau diarkibkan. Selamat tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan pemergian anda namun waktu akan mempengaruhi ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tiada seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tiada gunanya lagi bagi anda.
Sementara semua hal ini terjadi di dunia ini, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setalah anda dimakamkan, maka bakteria dan serangga berkembang biak pada mayat; oleh kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung disebabkan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung, dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjujikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tererai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka. Tidak ada kesempatan untuk kembali keapda kehidupan sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.
Jiwa anda akan meninggalkan tubuh dengan segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda- akan menjadi bahagian dari tanah. Ya, tetapi alasan semua hal ini terjadi? Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja membusuk seperti kejadian di atas tetapi hal ini justeru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting. Akhir kehidupan yang sangat dasyat yang menunggu manusia; seharusnya menyandarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang ‘dibungkus’ dalam tubuh. Harus disedari bahawa ia memlilki suatu kewujudan lain di luar tubuhnya. Harus difahami, kematian tubuhnya – yang ia cuba untuk miliki seakan-akan ia hidup selamaya di dunia yang sementara ini, tubuh yang dianggap sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka.
Manusia sering terleka namun hanya pabila kematian tiba-tiba keluaraga terdekat atau rakan taulah yang mengingatkannya akan kematian. Mungkin ada yang berfikiran, belum saatnya mati itu dan selalu kita berfikir masih ada hari esok untuk hidup. Bahkan mungkn saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri mesyurata juga berfikiran sedemikian. Ada kemungkinan di saat anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan mempermainkan kemungkinan itu untuk terjadi. Mungkin juga kita sering merasakan bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alas an untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:
Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematuan atau pembunuhan, dan jika(kamu terhindar dari kematian)kamu tidak juga akan mengecap kesenganan kecuali sebentar saja” (QS.33:16)
Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah berwaspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup hanya untuk memenuhi hawa nafsunya. Tidaklah seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Kenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat dibawa seseorang ketika mati hanyalah amalannya saja. Inilah pesanan buat diri penulis juga para pembaca, moga kita bersama-sama berusaha sentiasa memperbaiki amal dan bersiap-siap menghadapi sebuah kematian yang merupakan hakikatnya bukanlah merupakan pengakhiran hidup tetapi saat permulaan sebuah kehidupan yang kekal abadi.
Wallahu'alam.
Sumber rujukan: Majalah Aridzuan Bil.251 Jabatan Agama Islam Perak
Posted by pu3_raudhah at 2:57 PM 0 comments
AKU DAN KAU BERBEZA
LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.
Posted by pu3_raudhah at 2:44 PM 0 comments
Thursday, December 4, 2008
pesananku kpd sahabatku..
SALAM...
Baru hbs spm...semalam br blk kem..byk gak input y diperoleh selain dpt muhasabah diri...erm, xtaulah nape dgn perasaan ni...tp ana mesti kuat...demi agama ISLAM,ya Allah,berilah hambaMu ini kekuatan agar aku bisa meredah jalan Mu y dihamparkan onak duri dlm menegakkan kalimahMU...
erm,dlm kem ms tu ana n kwn2 disedarkan betapa pntingnya ukhwah dalam kalangan kami..betapa kami perlu hidup dlm satu kump...kalau ukhwah kami xrpt,cmne kami nk sama2 bgnkan ISLAM...sahabatku sekalian,mulai sekarang,marilah kita sesama brsatu..ya!bersatu...
seandainya ana atau kwn2 lain ada masalah,biarlah kita sama2 berkongsi rasa,berkongsi cerita agr tiada lagi assabiah dlm kalangan kita sndiri...muslimin n muslimat...
biar kita sesama menyelesaikan masalah...insyaAllah,kemanisan berukhwah itu akn kita rasa bersama satu hari nanti...itulah yg ana sgt2 harapkan
andai kata ada antara kalian ada y menjenguk blog ana,sudi2 la sahabat2 memberi pandangan kalian n kepada kalian...selamat berjuang diucapkan...moga perjuangan kita ini akn membawa kita bersama-sama menuju MARDHATILLAH...amin...
namun,ana teringin sekali mengingatkan kalian,jalan y kita lalui ini bkn semudah yg disangka,mungkin dari kalangan kita akn ada yg terduduk lemah,betapa kuatnya mehnah Ilahi,tp igtla kalian,jgn skali brputus asa,relakanla diri kita utk ditarbiah Ilahi..mulakanla langkah gerak kerja kita....
ingatla spt dlm firmannya..
sesiapa yg menolong Allah(dlm menegakkan agamaNya)Allah pasti akn menolong mereka...
yakinla...segala y berlaku ada hikmahnya...
jgn berjuang kerana semangat tp brjuanglah kerana IMAN N ISLAM dlm htmu....
wassalam
Posted by pu3_raudhah at 8:26 AM 0 comments
TINTA BICARA
assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah,hari ni baru la ada kesempatan menulis...kalau diperhatikan sebelum ni byk sgt copy n paste dlm ni... InsyaAllah,ana akn ambil kesempatan ni utk menulis...lagipun ni atas cadangan sesorng yg menyedarkan ana utk menggunakan kesempatan ini utk meluahkan luahan rasa...maklumlah kan baru hbs spm...doakn ana agr dpt menjadi seseorg yg dapat berbakti pd agama ISLAM wpun hanya dlm bidang ini...insyaALLAH...
Posted by pu3_raudhah at 8:21 AM 0 comments